rakan yang menyokong!!

Wednesday, December 14, 2016

pregnancy experience (part 1)

Assalamualaikum semua…

                Alang2 “mengemas” blog ni tadi,saje lah nak share pasal satu perkara yang tekadang(bukan terkadang pon)tapi mmg nak kongsi dengan seseorang yang akan menjadi NEW PARENTS to BE..(yeay!!—tahniah!!)
.
.
.
                Ok,straight to the point lah ya… first thought memang tak sangka pon nak mengandung..(hehe) yelah sbb tak bersedia lagi nak ada anak..tapi dah nama pon rezeki..kita pon bersyukur (Alhamdulillah…). Time tu terasa lain sangat sebab ada baa satu artikel yang mengatakan bentuk badan kita akan berubah..so..i pon terpandang perut i..”apesal lain macam je kan…” and that time I was forgot yang I tak period dekat sebulan!. Hmmmm…..so I decide nak pergi Watson nak beli pregnancy test kit…I beli 2 sbb nak confirm kan yang betulkah apa yang aku rasakan…
.
.
.

                Tomorrow morning (09/12/15) I cuba..waktu subuh nak mandi I pon buat lah “ujian” tu…(ujian tu nak kene pakai air kencing yang pertama tau..)nak tau jawapannya..kita pon mandilah mcm biasa..lepaih tu….meloncat g kat husband…terus bagi kat dia.. reaction dia mcm mne tau.. dah lah baru bangun.. tengok mcm ye tak yee je kan,, terucaplah kalimah ALHAMDULILLAH…bayangkan waktu subuh tu.. sayu je,, pagi tu berbunga2 lah kan muka husband tu.. so nak lagi kepastian,petang tu kami pergilah ke klinik berdekatan..dan doktor mengesahkan dah 5 weeks ..its was little tiny baby in my tummy… omg…!! Ape lagi… en.somi mula lah pesan mcm2.. itu jangan..ini kene buat..makan pon dia yang start decide..heheh..(mmg suami yang akan over-acting).



bertarikh : 09 Dec 2015

                Esoknya,kami pon pergilah ke klinik kerajaan untuk daftar kehamilan(buat buku pink). Dan bila dah daftar.. bermulalah rutin harian sebagai ibu mengandung kene hadap iaitu..MORNING SICKNESS. Tapi bagi saya..no morning sickness.. tapi evening sickness pasai apa?? Pagi ok..tang masuk tengahari..DANGG!! dengan panas berdengutnya masa tu..tambah lagi dengan migraine.. bayangkanlah dengan MABUK + PANAS BERDENTING + MIGRAINE.. ko rase??! Bertabahlah ea semua.. saya bukan nak mengada,,tapi ni hakikat yang kene hadap sampai 2nd trimester. Sebab untuk 3rd trimester tu dah normal balik,Cuma datang gak kengkadang.. untuk pengetahuan, mase pregnant, saya xboleh langsung nak minum air soya..minum sekotak..keluar lah balik sekotak. Lagi satu xboleh langsung nak bau tumis kari..errghh..time tu nak muntah je.. pernah mase 1st trimester,kene penyakit muntah darah..sbb tekak luka asyik muntah je,asal makan je muntah,,even makan sikit je.. tapi tu lah, demi membesarkan baby dalam perut,kene gagahkan jugak.. ada waktu ok,ada waktu mmg xboleh nak buat apa.
.
.
.
Untuk last 2 bulan dalam 3rd trimester tu, dah lah bulan puasa,,so dugaan lagi hebat.. puasa pon ada yang penuh dan ada gak yang terpaksa puasa untuk setengah hari.
Wahai para suami yang disayangi oleh sang isteri..ketahuilah dan ambil beratlah perihal isteri yang sedang mengandungkan zuriat kamu…sesungguhnya hati mereka ni sangatlah sensitif,mudah tersentuh dan terasa hati,kejap gembira,kejap emosi.. so kena faham lah, janganlah ambil hati ea… sbb kami pon xnak perkara ni jadi..hehe..bukan kami yang mintak..

.
.
.

                Sepanjang mengandungkan baby ni, Alhamdulillah..takda sebarang kesusahan mcm orang lain. Mengidam benda yang bukan-bukan, nak makan itu..nak makan ini..TAPI..hal ini dirasakan oleh husband saya..hahah… kesian, dia pulak yang mengidam nak makan itu ini..TAPI!! (ada tapi nya lagi tu..)kita pulak yang asyik nak makan fast food all the time..lagi2 kalau Nampak Mc Donalds.. laju je..apa boleh buat, husband pon layankan je..

Saturday, September 3, 2016

bukan kah sabar itu separuh daripada iman...??

SABAR.. 

sebenarnya kan.. sabar ni luas pengertiannya. Buka lah google dan cari ertinya dan faham.

ni ceq nak habaq pasai cerita sabaq mengikut pengalaman ceq lah kan.. yang baik kita ambil yang hat buruk jadikan pengajaran.. (eh? btolkah?) 

baldu ad lah bukak kedai makan..(keluarga mertua punya), kalau diikutkan..mmg mencabar dari segi mental dan fizikal lah.. penat satu..ni satu hal nak menghadap perangai pelanggan yang ntah apa2 ntah.. ni yang nak cerita pasal sabar ni...

zaman yang makin membangun dan maju ni memerlukan tenaga kerja yang cekap,pantas dan berkualiti..kan? so tak hairanlah kita ni nak kejar masa nak menjadi karyawan yang memenuhi kritiria di atas. 

konsep perniagaan kami pada waktu pagi adalah konsep layan diri.. so pandai2 lah kan memikirkannya.. maaflah kan kalau dah ramai sangat pelanggan dan masa tu datang pulak ramai2 dah tu serentak pulak 4-5 kereta(nampak x..tu ad lah mase2 nya) so faham2 lah.. tukang buat air kami ni seorang.. mane2 kedai makan,tukang buat air mesti sorang..kedai mamak pon sorang.. for your information, kedai kami ni sangat menjaga kualiti penyediaan makanan dan minuman.. kalau korang pon mesti lah nak makan dan minum yang sedap2 kan.. kalau x sedap..komplen dan kutuk blakang2. haa,,,nampak x perangai manusia ni?? hat ni yang xboleh nak diubah dari dulu sampai la sekarang...
Berbalik pada konsep layan diri ni,, ok makanan mmg dah ambil sendiri..so air kami sediakan..(begitu jugak roti canai.. xkan plak korang nak tebar n masak sendiri kan..kompom2 korang xreti).
Dah ambil makanan tu bawak2 lah bersabar..tunggu air dulu..dah lengkap baru lah melantak.. ni x.. melantak terus,gelojoh xbaca bismillah ke..?? lepas tu komplen air lambat sampai..

Itulah kepentingan sabar dalam kehidupan.. sabar...sabar..sabar.. kne faham lah situasi. dah tau ramai, sabar deh... 

kalau diikutkan banyak je kisah nye.. tapi stakat tu je lah..

Tuesday, November 5, 2013

Pixy Ultimate Makeup Cake.. (testimonial by my self)

Salam semuanya… ape khabar? Sihat…? Alhamdulillah syukur nikmat…

        Straight to the point ok..semalam (03 November 2013) zati pegi carik barang dengan En.N . Niat dihati mmg nak ke cosway Nilai putra utk beli bedak yang kire selalu zati pakai n serasi dengan kulit iaitu MIYAMI two way cake foundation [02-Medium].

Tapi fikir2 kan balik nak cube sesuatu yg baru… nak cuba pakai bedak pixy pulak lah… so zati amik keputusan beli yang ULTIMATE MAKEUP CAKE ( RM 23.90)[peach beige] ni yang zati pakai. Dah beli lega lah.. xsabar punya pasal bukak dalam kreta jugak sbb nak tengok bentuk nye mcm mane kan?? Taraa….


 



Baca dekat belakang kotak tu…

·       Light Diffusing powder- buat nampak kulit tampak halus bercahaya dan sempurna
·       SPF 20 – melindungi kulit dari pengaruh buruk sinar matahari
·       Natural whitening powder- buat kulit nmpak lebih cerah
·       Jojoba oil – menjaga kelembapan kulit...


Zati kalau nak pakai bedak mcm ni mmg nak kne basahkan span sdkit dengan air.. then dap..dap kat muke..nak tengok hasilnya??



Kalau nak dibandingkan perbezaan dengan miyami rasenye harga je lah.. Miyami cume RM 22+ . hasilnya sama.. tapi bile dah pakai pixy nih kire ok jugak lah… not bad..quit ok lah…semua bergantung pada individu..sekian sahaja.. taip seringkas yg boleh sbb ada hal…

Salam sayang..

Xoxo


BaLdu UNgu

Monday, October 28, 2013

20 TANDA LELAKI JATUH CINTA

oh mai gad….!! Ingatkan perempuan je yang ada tanda-tanda jatuh cinta ni.. rupanya lelaki pon ade jugak ek? (sleng Johor…ek??) hehe..ni yang nak uji En.N titew ni..(tetibe pelat mcm budak tadika..oh pelis…). “…ahh…dah kena angau lah tu…” ANGAU??  Penyakit apa kah ini? Antara simptom2 penyakit angau ni adalah..apabila kita mandi, tak rasa basah air.. makan pulak x kenyang..( erk??) tidur pulak x lena. Begitulah ibaratnya.. (Heheh… macam lah korang xpernah rase penyakit ANGAU nih kan..?? )

          Menurut pakar psikologi(x kesah lah psikologi lelaki ke pompuan) bile kita ni dah mula falling in love kat seseorang.. fikiran kita hanya tertumpu pada ‘dia’ seorang je. Situasi ni boleh jadi kat semua orang yang mula jatuh cinta. (nape..?? xpecaya???) Apa yang zati nak tekan kan dekat entry ni adalah pada skop lelaki sahaja. (untuk yang gegurlz next entry ok..) Biasa kita nampak sifat lelaki ni keras kan?? Bila dah kena pengangan ‘cupid arrow’ tu..laen beb..hati yang keras yang amat macam batu tu boleh jadi soft, gebu-geban mcam pelembut fabrik mcm downy or softlan..(suke2 aku je wat perkataan sendiri.. maap) Nak tau macam mane guys berubah perangai bile dah syok kat girls ni.. meh terjah satu2.. sila sediakan kertas dan pen…(wah..! dah mcm rancangan masak2 pulak.. akekekeh…)

20 SIGN MEN FALLING IN LOVE WITH YOU >>>

# 1- Buat tak endah…Bukan ape lah.. bila dia dah mule syok kat awak.. dia xkan borak, atau layan mane2 perempuan kalau xde urusan yang penting.

# 2- Hanya pentingkan perempuan yg dia sayang je..

# 3- Dia akan cemburu kalau korang buat tak layan je dengan dia. Sebab.. dia nak perhatian drpd awak sendiri.. (ish.. mengada2 btol.. tapi dalam hal mcm ni aku yang    sensitive n kuat cemburu…En.N wat xtau je…hampeh..)

# 4- Dia akan kawal pergerakan korang kerana dia akan sentiasa rasa curiga..( kalau zati dah rimas da…)

# 5- Jadi x tentu arah @ gelabah tak kena tempat bila korang jauh dgn dia dalam tempoh yg lama… (hahah… time ni zati dah terbayang gelabah ala2 MR.BEAN)

# 6- Mengongkong?? Motif…??

# 7- bersungguh-sungguh buat something utk korang dengan hati yg terbuka.. (haa… korang jgn amik kesempatan pulak ea…)

# 8- menasihati korang ( sebab sayang… lau x dah lame biarkan korang mcm tu je..)

# 9- Jual nama korang kat mmber2 atau mak bpak dia..( kira bangga lah tu dapat awek cun mcm korang…)

#10- akan anggap korang ni sbg orang yg paling dia percaya untuk pegang rahsia atau tmpat dia mengadu sesuatu..( xpayah anggap… dah memang..)

#11- Saja2 lalu depan rumah atas alasan akan terserempak korang kat lua.. (yang ni zati suke.. sbb zati pernah buat dulu.. tapi skarang klau nak klua daripada Sepang mmg lalu depan umah dia.. hahah…)

#12- DEFENDER…. Akan cuba pertahankan orang yang dia sayang..

#13- Sanggup cuba apa yang korang minat..( kalau korang mmg minat xtvt yg extreme….)

#14- Dia akan make sure korang punya safety..( haa…romantiknya….)

#15- Dia akan cuba luangkan lebih bnyak masa dengan korang..(nak tau lebih lnjut pasal korang..ap yang korang suka,xsuka… then korang pon boleh amik kesempatan tnya ap yang dia suke, and ap yang x…)

#16- kalau dia betol2 minat kat korang.. dia akan cuba yakinkan mak bapak dia utk terima korang sbg menantu kesayangan…( caya lah….!!)

#17- Secara automatiknya dia akan mnjadi orang yg rajin mmbantu korang dlam segala apa hal pon…(jangan time bcinta je… wat dengan ikhlas ok..!!)

#18- pandai merajuk.. sbb nak di pujuk( haaahh… klau zati dpat, mmg x lah… sbb dah pernah kene.. myampah pulak..!! )

#19- SENSITIF..

#20- Dia sanggup meneteskan menitiskan air mata utk korang.. ( hmmm…. Tetibe speechless…xtau nak mengomel apa dah..)

Nota tapak kaki..
*korang       = perempuan
*Dia             = Lelaki

So ni cume perkongsian trhdap apa yang zati baca dekat majalah dan internet.. sbnarnya banyak lagi tapi apa yang zati taip ni cume yang kebanyak kan. Lain orang lain pandangan dan jangan harapkan pada tanda ni je ok, sbb nya bukan semua lelaki ada tanda macam ini.. just sit and relax…!!hmmm…
Gud luck..!

Salam sayang

XoxO

BaLdu Ungu..

Monday, October 7, 2013

Kenduri kahwin>> air Terjun>> taman..

salam semua.. 

pada 5 oktober lpas zati follow geng Bf g majlis perkahwinan kengkawan dorang yg terletak di Bandar Senawang,Seremban,N.Sembilan. Malam sebelumnya berbincang pasal 'agenda' konon nye nak arrange sape yg nk tumpang sape and confirmkan balik sape yang betul-betul kompom nak follow.. last2 perbincangan kitorang ke laut la jd nyer,, Plan nak g bercuti ke Langkawi lah..Korea la.. paling best Amsterdam.. (bg cdangan mintak sumbangan smate2 nak pergi bercuti hahah...). So..bermula lah kisah….

Nak dijadikan cerita..kitorang kene berkumpul pada jam 10.30 dan bertolak jam 11 pagi..tapi ad sedikit kesilapan teknikal..(nazim tertido plak..). Sampai ke destinasi pada jam berapa zati xingat tapi waktu sampai kat sane terdengar suara azan zohor berkumandang.. mgkin dlam pukul 1.20 atau 1.30 something like that lah… kitorang sume berarak masuk bersama pengantin.

Kalau lapar mesti makan kan?? So menjamu selera dengan sajian nasi minyak (itu sudah jd kepastian),,tapi yang best part siap ade ‘chef’ yg sangat komited memastikan para tetamu yg hadir berpuas hati dan tersenyum.. bagi zati mmg terbaik lah. Dah kenyang, segelintir drpd kami ‘menyumbangkan’lagu buat raja dan ratu sehari  kita.

RAJA DAN RATU SEHARI


KAMI...



MASING-MASING MENYUMBANG LAGU... ENJOY..




Next trip ke Ulu Bendul… sblum ni mmber dorang yang kawin pon kitorang singgah jap kat lokasi yang sama.. kali ni pon sama jugak.. cume bezanya baju n muka2 yang berlainan.. hahah…bersantai rehatkan kaki sebelum bergerak ke lokasi yang seterusnya..


 




Dah setel rendam kaki dan berposing di Ulu Bendul.. kitorang bergerak pula ke tempat dating zati dengan Nazim.. kat mana?? Haaa…S2 city park,Seremban 2 (alamak…kantoi sudah..) masing2 beli makanan ikan..bermodalkan Rm 1 dan Alhamdulillah zati dapat free..(murah rezeki pakcik..). tujuan? Lepak n snaping2 n berposing2.. tapi kali ni lagi bnyak.. n mmber pon makin kurang sbb di antara mereka ad urusan masing2..

 

 


 














 





Lepas tu..ap lagi..KARAOKE lepas tensyen…then minum2 lpas penat… then balik rumah.mandi then tido..  so, enjoy lah sdikit gambar yang agak ‘beauty+fool’ cute n bersahaja dari kami…

Salam sayang..

XoxO


BaLdu UNgu..

Wednesday, October 2, 2013

Maybelline clear smooth BB stick

Salam semuanya….

Dah siap keje..dan ini merupakan review produk yang zati nak share jugak dengan korang semua..

Maybelline clear smooth BB stick…pernah dengar kan?? Duta produk ni Elfira Loy..
Hmmm… mase tu zati ada jugak keinginan nak cube produk ni. Alhamdulillah,ad kesempatan dapat beli 1. Harge dah x ingat lah.. x mahal.. tapi affordable la jugak.




            Tengok review dekat youtube mcm senang nak apply.. bile dah rase sendiri..mmg senang lah. Huhu.. tekstur yang ringan n sapuan halus je. Kenape? Xpercaya ke? Hahah.. mane yang dah pakai tu mesti setuju dengan zati..kan?


Ok,, zati ada selitkan gambar mase zati x pakai apa2 produk pon (lepas basuh muka n pakai toner ) dengan kesudahan nya… zati punya BB stick ni no 02-natural.. so mungkin xberape nampak sangat.. huhu.. tapi tngok je lah.. huhu…




Sekian je cot cet zati kat cini,, nak type panjang lebar kang xterbace pulak korang kan??
Daaa…

Salam sayang…

xOxO..

BaLdu UNgu..


St. Ives.. skrub terbaik!!

salam semua..

harap sihat dan gembira nampaknya..

straight to the poin ok..sbb zati xbanyak mase.. banyak keje nak buat.
Ok, about St.Ives apricot scrub ni sebenarnya dah lama zati nak share dengan semua. Hari ni baru dapat peluang sebab baru je skrub muka ni..hoho.. masa tu zati nak cari skrub muka apricot safi balqis.. tapi dah abis..

taraaa....!!


St.Ives ni sebenarnya dah jadi skrub fevret zati. Mmg jimat kalau di ikutkan. Kenapa?? Dengan harga sekitar RM 19- RM 22(lokasi tesco nilai putra ) boleh pakai dalam mase 3 bulan..percaya atau tidak? (bergantung dengan berapa banyak yang korang picit..)


Skrub ni sangat natural..xberbuih.. dan kandungan ‘biji’ skrub nya mmg sangat berpuas hati. Pakai dan kemudian bilas dengan air suam.. hasilnya.. memang suke sangat.. kulit jadi licin halus.. nak pakai make-up pon senang.. xde masalah macam kulit kering yang menyebabkan solekan  xbrape nak menjadi..


Alhamdulillah.. setelah hampir 4 bulan pakai.. parut jerawat mula pudar.. dan x de lagi masalah white head or blackhead kat muka..

Maaf sebab nak describe panjang lebar.. kesuntukan masa. Kalau berminat nak tengok hasilnya.. buktikan sendiri.. jangan risau sbb muka zati pon tergolong dalam kalangan kulit yang sensitive..

Salam sayang..

XoxO


BaLdu UNgu..