rakan yang menyokong!!

Friday, August 26, 2011

Gelagat Manusia zaman sekarang..

assalamualaikum...
   hurmmm.....teringat pulak kisah kat tempat keje. Setiap hari mesti ada je gelagat manusia yang sering menjadi perhatian dan kenangan buat aku. Biasa lah keje kat tempat awam yang memerlukan khidmat pelanggan ( customer service) kat petronas.
 kisah satu..
        pelanggan nak isi minyak tapi bile ditanya kuantiti minyak yang mahu di isi mereka diam seketika sebab nak budget duit kat dalam walet masing2. Maklum lah perjalanan masih jauh...
aku yang kat depan mesin cashier tu dah menggaru2 tangan yang dah gatal nak menekan nombor kat screen.
then dah xleh sabar aku  bagi cadangan... sesetengah pelanggan menerima sugestion aku. hoo.. tersenyum mereka sambil mengucapkan perkataan "TERIMA KASIH" . perkataan yang sudah cukup buat aku menilai kualiti kerja aku. 

kisah dua..
      haaa... benda ni selalu aku jumpa.. masing2 dah dikurniakan oleh Allah mulut yang sangat indah ciptaan-Nya. bila ditanya jenis dan kuantiti minyak, segelintir mereka mendiamkan diri. dah tu bila salah set.. ades!! aku jugak yang kena balik.. tapi xpe, zati kan penyabar orangnya...

kisah tiga...
     sesuatu yang sangat laris di setiap stesen petronas.. tambah nilai kredit touch n' go... adush.... bila ada masing2 xnak topup.. dah tui bila dah xada, maki hamun,merungut.. marah.. dan sewaktu dengannya keluar bagi menonjolkan sikap negatif mereka. ada yang sabar.. tapi terima kasih atas kesabaran anda. hanya Allah je yang dapat menbalasnya. bila dah ada touch n' go tu,,fffuuhhh!! masing2 topup sampai beratus2.. mane xcepat habis. lagi satu gelagat orang asing a.k.a mat2 n minah2 saleh... satu ayat yang mungkin xkan pernah aku lupa.." do you have touch n' go topup?? " kawan aku balas la " sorry sir.. we dont have" ape lagi mat seleh tu pon marah lah sambil berkata..." Damn!! why you dont have the touch n'go topup??! i thought all petronas station have touch n;go topup?? what kind of pertonas are you??!!..... OMG aaarrrgghhh!!!.....  




nak tau lebih lanjut tunggu ok!! dah larut malam dah nih... tata,..


04 sept 2011


kisah empat.. 
  yang nih aku tak berapa nak berkenan sangat.. kalau aku jaga post sorang2 and time tu jugak customer tengah ramai memang tak menang tangan seyh. 
buka tiga kaunter tapi aku sorang yang jaga?? cuba bayangkannn...... haha.. mau nyer semput aku lepas tuh? tuhan je yang tau. hehe.. kalau customer bayar barang and minyak secara "cash" aku leh terima lagi kalau dorang nak cepat.. tapi lau pakai kerdit kad and nak kejar flight memang nak kne maki dengan aku lepas tuh.. ( kan leh pakai kat lua..) lagi satu hal xnak pulak pakai kredit kad kat lua sbb takut  kredit kad kne potong RM 200 dah tu nak capat.. huh!! menyampah pulak aku tengok.. buka sekali tapi dah banyak kali.. huuuhhhh... meluat..





   


Monday, June 27, 2011

aku adalah wanita....

Aku adalah wanita yang ada hati dan perasaan..
miliki bibir yang tidak pernah lekang dengan senyuman..
membuatkan orang disekitar merasa nyaman..
namun aku seorang insan,
yang tidak pernah lepas dari cubaan..

Tiba insan yang bernama lelaki,
muncul datang mengetuk pintu hati, 
memberi cinta yang tulus suci,
memetrai janji yang belum pasti,


Setelah sekian lama bermadu cinta,
tiba pula rasa curiga di dadanya,
membuatkan aku tertanya-tanya,
rupanya tepat semua prasangka..




     


pesanan buat lelaki...

Ingatlah wahai lelaki sekalian,
sekiranya wanita jatuh cinta,
mereka medambakan hubungan yang ikhlas lagi suci..

 Ingatlah wahai lelaki sekalian,
sekiranya wanita jatuh cinta,
yang diperlukan bukan harta,
tetapi kasih sayang dan perhatian yang dicari..

Ingatlah wahai lelaki sekalian,
jangan dilukakan hati wanita,
kerana mereka mudah menangis,

ingatlah wahai lelaki sekalian,
kamu seharusnya bertuah mendapatkan cinta
daripada wanita yang tulus ikhlas menyayangi kamu...
jangan dipersiakan cinta mereka

cinta wanita punya destinasi..
di mana destinasi itu?
tanya hati...




Saturday, June 25, 2011

kesabaran aku teruji

hari ini ( 25 jun 2011 ) kesabaran aku teruji selaki lagi. macam-macam karenah manusia aku jumpa bila aku dah masuk ke alam pekerjaan. Ada yang penyabar,ceria, pemarah,kurang kesabaran, yang tak ada perasaan pon ada.. huh.. lau nak describe kat sini memang susah nak menjelaskan satu persatu. 
 first time aku masuk keje, adat lah xtau satu hape pon kan?? so itu lah guna nya kita belajar daripada yang dah mahir dengan kerja2 tu. ok yang tu dah beres. second day pulak.. sume berjalan dengan lancar sebab yang mahir ade kat sebelah aku sambil bantu aku dengan ape yang patot. tiba waktunya hari yang ketiga, time ni lah aku start jumpe dengan macam2 ragam manusia. Bila ditanya nak isi minyak brape hengget.. diam je.. dah tu tanye lah nak ron 95 ke or ron 97.. diam jugak.. aku dah set and dah cash kan.. leh plak marah kitorang n cakap wat keje main2. adush.. lau aku kat sebelah dye nak je aku sound dia balik. Len kali bila ditanya tu jawab, jangan diam.. salah sendiri nak salahkan orang lain. its not fair la  macam tu. Ni lagi satu  hal.. orang yang dah lame bekerja kat situ tapi baru first time nengok aku senyum kat customer..adat lah bila jumpa customer, dorang mesti nak tengok kita punya penampilan and personaliti kita.. cam satu citer nih, bukan satu tapi ramai pelanggan yang tanya kat aku " apesal senyum je nih cik adik oi?? macam ade pape je..." aku balas lah balik.." harus lah senyum, xkan nak masam je sentiasa? nnt rezeki xmasuk tau.. hohoho...

Wednesday, June 22, 2011

Suratan Takdir..

semua orang yang berada di sekeliling aku menganggap aku manusia yang sentiasa ceria dan mudah mesra. Itu hanyalah pada zahir, tetapi pada batin tiada sesiapa yang tahu. Aku cuba sedaya upaya aku untuk memahami hati orang lain,tapi bukan semua orang boleh faham dengan hati aku. Hati aku kini kembali sepi tanpa kehadirannya. Kalau di ikutkan perasaan mahu saja aku membalas apa yang dia dah buat dekat aku. hurm... namun hati nurani aku mengatakan biarlah segalanya berlalu sebab mungkin aku sudah tiada jodoh dengan dia. Aku tabahkan hati dan terus berfikiran positif untuk meneruskan kehidupan. Semoga tuhan melindungi kamu walau di mana sahaja kamu berada. Nur hanya mampu mendoakan yang terbaik buat shah... terima kasih untuk segalanya...
 

Saturday, June 11, 2011

Menyelesaikan masalah cinta


Sebenarnya cinta itu bukan untuk menjadi objek pujian atau celaan secara mutlak,melainkan dipuji dan dicela berdasarkan latar belakang yang membuat kewujudan. Dikatakan demikian kerana sesungguhnya kehendak itu mengikut pada sasaran yang ditujunya dan begitu juga cinta mengikut pada objek yang dicintainya.
                Manakala objek yang dicintai termasuk perkara yang perlu dicintai atau menjadikan yang mengalaminya layak untuk dicintai,maka cinta yang melampau kepadanya tidak akan tercela,bahkan terpuji.
                Begitu juga keadaan orang yang mencintai,baik dan tidak dinilai berdasarkan potensi kekuatan cintanya.
                Oleh kerana itu, kebaikan yang paling besar bagi seorang hamba ialah bila dia mengarahkan seluruh cintanya kepada Allah semata,sehingga dian mencintai Allah dengan sepenuh jiwa dan seluruh anggota tubuhnya.
                Dengan itu,hanya satu kekasihnya dan hanya satu cintanya. Insya-Allah, dalam bab cinta menuntut sikap monogamy dan tiada lebih untuknya disebutkan bahawa cinta tidak akan dibenarkan kecuali dengan cara ini.
                Satu kekasih ertinya tidak menjadikannya berbilang dan satu cinta, ertinya tidak memberikan walau secebispun cintanya kepada yang lain. Cinta seperti ini turut disebut sebagai mabuk cinta,mengandungi penuh kebaikan pada mereka yang medambakanna dan juga kenikmatan serta kebahagiaan dihatinya.
                Jiwa mereka yang mengalaminya tidak beroleh kebaikan  dan tidak pula kenikmatan, kecuali dia  menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai olehnya daripada selain keduanya dan hendaklah cintanya kepada selain Allah ganya mengikut pada cintanya kepada Allah. Oleh itu, dia tidak mencintai sesuatu kecuali hanya kerana Allah, sebagaiman yang disebutkan dalam sebuah hadis sahih yang mengatakan :
Ada tiga macam alasan yang dapat menghantar seseorang merasai manisnya iman; mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari selain keduanya, mencintai orang lain hanya kerana Allah ,enggan kembali kapada kekafiran sesudah diselamatkan oleh Allah darinya sebagaimana dia enggan dicampakkan ke dalam kemarakan api….. ( Bukhari,Muslim,Nasa,I, Ibn Majah dan Ahmad)
                Melalui  hadis ini Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa seorang hamba tidak akan dapat merasai manisnya iman keciali bila dia telah mencintai Allah lebih daripada selain-Nya dan cintanya kepada Rasul-Nya merupakan sebahagian dari cintanya kepada Allah.
                Adapun cintanya kepada seseorang jika berlatar belakangkan kerana Allah, maka merupakan sebahagian daripada cintanya kepada Allah. Sebaliknya, jika bukan kerana Allah, maka akan mengurangi cintanya kepada Allah dan melemahkannya. Cinta ini dapat dibuktikan kebenarannya jika kebencian yang mengalaminya terhadap sesuatu perkara yang paling dibencinya  iaitu kekafiran, sama halnya dengan kebencian dirinya bila dicampakkan ke dalam marakan api, bahkan lebih dibenci lagi daripada itu.
                Tidak diragukan lagi bahawa hal ini termasuk cinta yang paling besar kerana sesungguhnya seseorang itu selalunya tidak mengutamakan sesuatu pun atas cinta kepada diri sendiri dan kehidupannya. Akan tetapi jika dia lebih mengutamakan cinta keimanannya kepada Allah  pada dirinya,sehingga andai kat dia disuruh memilih antara kekafiran dan dimasukkan ke dalam api nescaya dia lebih memilih dimasukkan kedalan nyalaan api dan tidak mahu kafir. Ini merupakan bukti yang menunjukkan bahawa Allah lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri.
                Cinta ini berada di atas mereka yang merasai jatuh cinta dan mabuk rindu dengan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Bahkan cinta ini tiada beza dan bandingnya kerana cinta ini menuntut orang yang mengalaminya untuk lebih mengutamakan kekasihnya daripada  jiwa ,harta dan anaknya sendiri. Cinta jenis ini menuntut orang yang mengalaminya untuk bersikap rendah diri,tunduk , mengagung , memuliakan , mentaati dan patuh secara lahir dan batin kepada kekasih. Keadaan seperti ini tiada tandingnya dalam cinta  kepada sesama makhluk dan kepada sesiapa pun.
                Oleh itu, barang siapa yang mempersekutukan dalam cinta yang khusus ini antara Allah dan yang lainnya, maka dia adalah seorang yang musyrik dan dosanya tidak akan diampuni oleh allah sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya:
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.  ( al-Baqarah [2],ayat 165)
                Akan tetapi , makna yang sebenar dari ayat ini ialah bahawa orang-orang yang beriman lebih besar cintanya kapada Allah daripada cinta orang-orang musyrik kepada sembahyang mereka yang mempersekutukan  Allah. Sebagaiman yang telah dijelaskan bahawa cinta orang-orang mukmin kepada tuhan mereka sama sekali tidak dapat disamakan dengan cinta sesama makhluk , sebagaimana kekasih mereka tidak dapat disamakan dengan-Nya.
                Oleh yang demikian,dapat dikatakan bahawa setiap penderitaan yang dialami oleh seseorang kerana mencintai selain allah adalah merupakan suatu nikmat bagi orang yang mencintai Allah dan setiap kedudukan yang dialami oleh seseorang kerana mencintai selain Allah adalah merupakan kebahagiaan bagi orang yang mencintai Allah.
Barang siapa yang menyamakan cintanya kepada Allah dengan cinta makhluk kepada mahkluk yang lain seperti menjalinkan hubungan ,berenggang dan memutuskan hubungan cinta tanpa ada penyebab serta gambaran yang lain, maka Maha Tinggi Allah dalam hal tersebut dengan ketinggian yang sebesar-besarnya kerana dia adalah orang yang sangat  keliru dan salah tafsiran serta berhak untuk dijauhkan dari rahmat -Nya dan beroleh murka-Nya.
                Sebenarnya bencana yang dialami oleh orang yang mengalaminya hanya kerana perbuatannya sendiri kerana dia kurang beretika dengan kekasihnya, padahal Allah telah melarang hamba-hamba-Nya membuat perumpanaan terhadap-Nya, kerana Allah tidak dapat disamakan dengan makhluk-Nya. Dan tidaklah sekali-kali  muncul bidaah, melainkan kerana mereka membuat perumpamaan –perumpamaan bagi Allah. Para ahli ilmi kalam (teologi) yang menyimpang dan ahli bidaah banyak membuat contoh-contoh yang batil dalam memberitakan perihal sifat-sifat-Nya. Begitu juga denga orang-orang yanga mempunyai kehendak dan perintah-Nya. Kedua golongan ini kedua-duanya ahli bidaah dan keliru.
                Cinta itu bila berkaitan dengan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya,maka terpujilah pelakunya dan beroleh pahala dari cintanya. Cinta seperti ini banyak jenisnya, antara lain seperti membaca al-Quran dan senag mendengarkan orang lain yang membacanya dan hatinya tenggelam dalam menyelami makna yang dimaksudkan oleh kalam-Nya. Cinta kepada kalam –Nya bergantung pada cintanya seseorang kepada Allah.
                Oleh kerana itu,barangsiapa yang mencintai kekasihnya,pasti mencintai bicaranya dan suka membicarakan tentangnya, sebagaimana yang dikatakan oleh seseorang penyair:
Jika kau mengaku mencintai-Ku, kenapa kau jauhi kitab-ku. Belumkah kau resapi kenikmatan yang terkandung dalam kalam-Ku??
                Begitu juga menyebut nama Allah termasuk petanda cinta kepada-Nya, kerana seseungguhnya orang yang jatuh cinta tidak pernah lupa menyebut nama kekasihnya, bahlan tidak pernah melupakannya sehingga memerlukan orang yang mengingatkannya.
                Demikian pula dia suka mendengar sifat-sifat-Nya, semua perbuatan-Nya  dan hokum-hukum-Nya. Cinta seperti ini, semuanya merupakan cinta yang paling bermanfaat dan akan menghantarkan pelakunya untuk dapat meraih puncak kebahagiaan.
                Demikian pula halnya dengan cinta ilmu yang bermanfaat dan cinta sifat-sifat kesempurnaan seperti pemurah dermawan dan suka memelihara kehormatan,keberanian dan kesabaran serta pekerti-pekerti yang mulia, kerana sesungguhnya seandainya sifat-sifat ini digambarkan dalam bentuk yang mempunyai rupa,tentulah akan menjadi rupa yang paling cemerlang.
                Seandainya ilmu digambarkan dalam bentuk yang mempunyai rupa, tentulah bentuknya akan lebih indah daripada matahari dan rembulan. Akan tetapi, yang berhak menyandang sifat-sifat ini hanyalah orang-orang yang berjiwa mulia lagi suci, sebagaimana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya , kalam dan agama-Nya. Hanya layak dimiliki oleh orang-orang yang rohaninya tinggi lagi suci, bukan rohani yang menjunam rendah. Apabila anda ingin mengetahui berat dan kedudukan seorang hamba, maka perhatikanlah siapa yang yang menjadi kekasih dan tujuannya. Perlu diketahui juga bahawa cinta yang terpuji itu tidak pernah terancam oleh sesuatu pun  dari bencana-bencana yang telah disebutkan.
                Selanjutnya, kita akan membahas bahagian lain dalam cinta, iaitu cinta yang terpuji yang mengandungi kesudahan yang pasti akan berpisah daripada kekasih seperti cinta seseorang kepada isteri atau gadis yang cantik. Dia pasti akan berpisah darinya oleh sebab kematian atau faktor yang lain sehingga kekasih pergi, sedang cinta masih bersemi dalam hatinya seperti biasa. Hal ini merupakan musibah.
                Jika orang yang mengalaminya tabah dan sabar serta berharap akan pahala Allah dengan kesabarannya, nescaya dia akan memperoleh pahala orang-orang yang sabar. Sebaliknya jika dia marah serta menerima dengan hati yang tidak sabar, maka sikap emosi dan ketidak sabarannya tidak akan dapat mengembalikan kekasihnya dan pahala nya juga turut hilang. Akan tetapi, jiak dia menghadapi misibah ini dengan hati yang reda dan berserah diri, maka darjat yang diraihnya lebih tinggi daripada darjat kesabaran dan lebih tinggi lagi apabila dia menghadapinya dengan sikap bersyukur sebab dia memandang bahaea pilihan yang terbaik baginya adalah apa yang dipilihkan oleh Allah, kerana sesungguhnya tidaklah sekali-kali Allah memutuskan sesuatu bagi orang mukmin. Melainkan hal itu lebih baik baginya. Jika dia tidak mengetahui kebaikannya, maka sebaiknya dia percaya kepada berita dari Nabi Muhammad SAW yang dikukuhkan dengan sumpahnya melalui sabda berikut:
Demi tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaan-Nya, tidaklah sekali-kali Allah mengutuskan suatu ketetapan bagi seorang mukmin, melainkan hal itu lebih baik baginya. Jika beroleh kesenangan dia bersyukur dan bersyukur itu adalah lebih baik baginya dan ika ditimpa kesusahan, dia bersabar dan bersabar itu adalah lebih baik baginya. Hal tersebut tidak dapat dilakukan, kecuali hanya oleh orang yang benar-benar beriman       ( hadis Muslim dan Ahmad)
                Iman seorang hamba memerintahkan kepadanya untuk meyakini bahawa ketetapan tersebut adalah baik baginya. Dengan demikian, akan tergeraklah hatinya untuk mensyukuri qadak dan qadar dari Allah apapun bentuknya. Hanya Allah dimohonkan taufik. 



( sumber : sebuah buku yang Baldu dah baca)



  

Wednesday, June 8, 2011

Baldu Ungu and .........

                                                                   me and my sister



   hoho.. me and my beloved younger sister.. sama x? baldu nak share dengan korang yang follow blog Baldu, ni lah adik Baldu. lau sunyi or tengah marah, dia ni la jd 'mangsa serangan ku'. memang kecoh lau de dia kat umah. hilai tawa dia boleh "menggegar dunia".. her name is Nur Annisah binti Abdul Rahman. mane guys yang nak kenal.. jumpe kakak dye dulu... understand?!!  gurau je...

Monday, May 23, 2011

merealisasikan cinta

Setelah Allah menyebutkan apa  yang dihalalkan bagi hamba-hamba-Nya berkaitan dengan para isteri dan anak perempuannya dan apa sahaja yang Dia haramkan atas mereka, Allah berfirman:
Allah menerangkan ( hukum syariat-Nya) kepada kamu dan menunjukkan kamu kepada jalan-jalan orang yang sebelum kamu (para nabi dan solehin) dan (hendak) menerima taubatmu dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah hendak menerima taubatmu,sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya(dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepada kamu dan manusia dijadikan bersifat lemah.  [an-Nisa{4}, ayat 26-28]
                Yakni manusia itu tidak dapat menahan dirinya terhadap wanita sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ats-Tsauri, dari Thawus, dari ayahnya yang telah mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya:
Dan manusia dijadiakan bersifat lemah  .  [an-Nisa{4}, ayat 26-28]
                Bahawa apabila lelaki itu melihat wanita, dia tidak akan dapat menahan dirinya. Hal yang sama telah dikatakan oleh bukan hanya seorang dalam kalangan ulama salaf.
                Berkaitan dengan nafsu syahwat dalam bab ini merupakan faktor utama, maka sudah menjadi kepastian yang mengalaminya untuk melakukan taubat. Allah sendiri dalam ayat-ayat di atas mengulangi sebutan taubat sebanyak dua kali. Dia memberitahu bahawa orang-orang yang mengikut nafsu syahwatnya menginginkan agar hamba-hamba-Nya menjadi sama seperti mereka iaitu cenderung mengikut kemahuan hawa nafsu syahwatnya. Akan tetapi, Allah memberitahu pula bahawa dia menginginkan keringanan bagi kita mengingat kelemahan yang ada pada diri kita. Oleh kerana itu, Dia membolehkan kepada kita untuk menikahi wanita manapun yang kita suka maksima empat orang isteri dari gadis yang kita sukai.
                 Mengingatkan hamba Allah dalam bab ini ada tiga keadaan iaitu adakalanya tidak mengetahui mana yang halal dan yang haram. Adakalanya memudahkan dan melalaikan jua adakalanya  lemah dantidak punya kesabaran, maka Allah menghadapi keadaan hamba yang tidak tahu keterangan dan petunjuk, menghadapi kemudahan dan kelalaiannya dengan taubat menghadapi kelemahan serta ketidaksabarnya dengan keringanan.
                Abdullah bin Imam Ahamad dalam kitab Zuhud karya ayahnya mengatakan:
Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar : Telah menceritakan kepada kami Yusuf bin ‘Athiyyah, dari Tsabit, dari Anas bin Malik yang telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernsh bersabda :
Aku mersa bahagia bila daldm solatku dan aku diciptakan menyukai wanita dan wangian. Orang yang lapar merasa kenyang(dengan makan) dan orang yang dahaga merasa segar(dengan minum) tetapi aku tidak pernah kenyang dari menyukai solat dan wanita.
                Hadis ini berasal dari kitab Sahih Muslim tetapi tanpa tambahan : orang lapar merasa kenyang dan seterusnya.
                Dalam kitab Sahih Muslim disebutkan melalui hadis ‘Urwah, dari Aisyah yang telah menceritakan:
Ketika RAsulullah memperolah para tawanan dari Bani Mushthaliq, Juwairiyah binti al-Harits bin Abu Dhirhar jatuh ke dalam bahagian Tsabit bin Qais bin Asy-syimmas, atau anak saudaranya. Maka saat itu juga Juwairiyah mengajukan permohonan transaksi penulisan untuk kebebasan dirinya. Dia adalah perempuan yang cantik lagi manis, tidaklah sekali-kali seorang lelaki melihatnya, melainkan pasti jatuh hati kepadanya. Untuk itu, Juwairiyah dating menghadap kapada Rasulullah untuk meminta bantuan dari baginda bagi kebebasannya.
                Aisyah melanjutkan ceritanya :
Demi Allah, begitu aku melihat kedatangannya di depan pintu rumah, aku langsung tidak menyukainya dan aku mengetahui bahawa Rasullullah telah melihat kecantikan Juwairiyah seperti yang ku lihat.
                Juwairiyah berkata :
Wahai rasulullah, saya adalah Juwairiyah binti al-Harits bin Abu Dhirar, pemimpin kaumnya. Sesungguhnya saya mendapat musibah seperti yang tidak kabur bagimu dan diriku jatuh ke dalam bahagian Tsabit bin Qais bin Asy-Syimmas atau anak saudaranya.  Kerana itu, aku datang kepadamu untuk meminta bantuan darimu.
                Rasulullah bertanya:
Apakah engkau punya paendapat lain yang lebih baik?
                Juwairiyah bertanya kembali:
Apakah pendapat itu?
                Rasulullah menjawab:
Aku yangakan melunaskan transaksi penulisanmu, lalu engkau ku nikahi.
                Juwairiyah berkata:
Baiklah, wahai rasulullah, aku bersedia.
                Maka berita itu tersebar dalam kalangan kaum muslimin bahawa Rasulullah telah menikahi Juwairiyah binti al-Harits dan orang-orang pun mengatakan :
Kini mereka menjadi besan Rasulullah!
                Akhirnya mereka membebaskan semua tawanan yang ada di tangan masing-masing. Aisyah mengatakan :
Sesungguhnya setelah Rasulullah menikahi Juwairiyah, bebaslah seramai 100 ahli bait lebih dari kalangan Bani Mushthaliq dan aku belum pernah mengetahui seorang wanita pun yang lebih besar berkatnya bagi kaumnya selain Juwairiyah.
                Abdullah bin Umar telah menceritakan :
Dalam peperangan Jalula,aku mendapatkan hasil ghanimahnya seorang gadis cantik yanh berleher jinjang bak kendi perak, maka kai tidak tahan lagi melihat kecantikannya sehingga aku menghampiri dia dan aku menciumnya.
                Dalam kitab Sahihain disebutkan melalui hadis Anas yang telah menceritakan bahawa Rasulullah tiba di Khaibar. Setelah Allah menaklukkan benteng Khaibar untuk baginda, maka disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW berita tentang kecantikkan Shafiyyah binti Huyayyin yang suaminya telah terbunuh dalam peperangan, sedang Shafiyyah saat itu masih menjadi pengantin wanita, maka Rasulullah SAW memilih untuk dirinya.
                Selanjutnya Rasulullah pulang dengan membawanya dan ketika sampai di SAddur-Rauha, baginda baru menggaulinya dan baginda membuat makanan Hais dan disajikan di atas hamparan kulit yang tidak terlalu besar. Rasullullah bersabda ( kepada Annas yang saat itu menjadi pelayannya) :
Undanglah orang-orang yang ada di sekitarmu!
                Hanya itu lah walimatul urus pernikahan Rasullullah dengan Shafiyyah.
Selanjutnya, kami meneruskan perjalanan le Madinah dan aku(Anas) melihat Rasulullah sedang mempelana punggung untanya dengan lain tebal untuk tempat duduk shafiyyah di bahagian belakang dan RAsulullah terlebih dahulu menaikkan lututnya untik pijakan kaki shafiyyah naik ke punggung unta. (Hadis Bukhari dan Ahmad.)
                Menurut riwayat yang ada padaAbu Dawud sehubungan dengan kisah ini disebutkan bahawa telah jatuh ke dalam harta rampasan Dahiyyah seorang gadis cantik, lalu Rasulullah menukarnya dengan tujuh orang budak lelaki. Selanjutnya, baginda menyerahkan kepada ummu Sulaim. Dia adalah Shafiyyah binti Huyayyin.
                Abu Ubaidah menceritakan kisah berikut bahawa Abdul Malik bin Marwan  melalukan ibadah haji dengan ditemani oleh Khalid bin Yazid bin Muawiyah, salah seorang dari kalangan Quraisy yang tiada tandingannya. Oleh itu, dia sangat dihormati oleh Abdul Malik.
                Ketika Khalid sedang tawaf, tiba-tiba pandangan matanya terjatuh ke arah Ramlah binti Zubair Ibnul Awwam dan ia langsung terpikat dengannya dan cintanya kepada Ramlah telah menguasai hatinya.
                Ketika Abdul  Malik bin Marwan hendak pulang ke Syam,Khalid sengaja menangguhkan kepulangannya, maka Abdul Malik merasa curiga dengannya, lalu ia mengirimkan seorang utusannya untuk menanyakan tentang penangguhan itu.
                Khalid menolak dalam jawapannya dengan mengatakan:
Wahai Amirul Mukminin, Ramlah binti Zubair  ku lihat dia sedang tawaf di Baitullah, maka kecantikannya telah membuat fikiranku kacau bilau. Demi Allah, sejak mula aku tidak akamn menceritakan hal ini kepadamu tetapi kesabaranku ada batasnya. Ku paksa mataku untuk tidur tapi ia menolak dan tidak mahu menerimanya. Ku cuba dengan segala macam cara untuk menghibur hatiku tetapi ia menolak.
                Abdul Malik mendengarkan ungkapan Khalid dengan perassn yang sangat hairan, lalu ia memberi komen:
Aku tidak mengira bahawa  cinta dapat menguasai diri seseorang seperti engkau.
                Khalid bin Yazid bin Muawiyah berkata:
Sesungguhnya aku sendiri lebih hairan daripadamu kerana sejak mula aku berpendapat bahawa cinta itu hanya dapat menguasai dua jenis orang iaitu para penyair dan orang-orang pedalaman.
Adapun para penyair, maka fikiran mereka hanya tertuju kepada wanita, menggambarkan kecantikan wanita dan merayu wanita sehingga watak mereka cenderung menyukai wanita dan dengan sendirinya kalbu mereka lemah untuk dapat menolak serangan cinta. Akhirnya, mereka menyerah dan patuh pada kemahuan cintanya.
Adapun orang-oarang pedalaman, seorang daripada mereka hanya tinggal berduaan dengan isterinya, maka tiada yang dapat menguasai perasaannya kecuali cinta kepada isterinya dan tiada kesibukan yang dapat memalingkan cintanya itu sehingga hatinya lemah untuk menolak cinta sehingga cinta menguasai dirinya. Akan tetapi, aku merasa hairan, aku belum pernah melihat satu pun pemandangan ang dapat menghalang diriku dari tekadku yang nekad dan membuat diriku terasa mudah untuk melakukan perbuatan dosa, kecuali hanya dalam pemandanganku kali ini.
                Abdul Malik tersenyum setelah mendengarkan pengakuan Khalid, lalu bertanya:
Apakah sampai sedemikian teruknya cinta menguasai hatimu?
Khalid menjawab:
Demi Allah, aku tidak pernah mengalami kekacauan dalam berfikir seperti sekarang ini sebelumnya.
                Abdul Malik pun mengirimkan utusannya kepada Az-zubair untuk melamar ramlah buat Khalid, lalu para utusan itu menyampaikan lamaran tersebut kapada Ramlah, maka Ramlah menjawab:
Tidak, demi Allah aku tidak mahu menerimanya sebelum dia menceraikan semua isterinya.
                Khalid pun menceraikan kedua isterinya, lalu membawa Ramlah ke negeri Syam dan disebutkan bahawa sebelum itu Khalid kerap kali melantunkan bait-bait syair berikut:
Setiap malam semakin bertambah rinduku dan setiap waktu siang ku ingin bertambah dekat dengan kekasihku..
Wahai kedua teman dekatku, tidaklah sekali-kali kamu berdua menyebutkan dia di suatu saat,melainkan semua kesulitan menjadi lenyap kerananya.
Baru ku rasakan cintaku kepada keluarga al-awwam kerana cintaku kepadanya dan ku cintai pula Bani Kalb menjadi saudara-saudara pihak ibunya.
Semua gelang kaki wanita pasti ada gerakan dan bunyinya tetapi aku belum pernah mendengar suara gelang kaki Ramlah mahupun melihat gerakannya.( menandakan bahawa kakinya padat tidak kurus)
Al-Kharaithiy telah menceritakan bahawa Bisyr bin Marwan apabila menugaskan salah seorang tenteranya ke sempadan, ketika Bisyr sedang memeriksa pasukannya dan ternyata dia menjumpai seseorang berada dalam markasnya, maka dia menghukum orang itu dengan berdiri di atas sebuah kerusi , dan kemudian kedua-dua tanganya dipaku ke tembok. Setelah itu kerusinya ditarik dari kedua kakinya. Maka dengan sendirinya orang itu tergantung di tembok dengan darah yang terus mengalir membasahi tubuhnya sehingga meninggal dunia.
Pada suatu hari, Bisyr menugaskan seorang lelaki dari kalangan tenteranya yang  ternyata baru sahaja berkahwin dengan anak gadis saudaranya yang sedang asyik dalam berbulan madu. Ketika lelaki itu berada dalam markas, dia berkirim surat kepada isterinya dan di penghujung suratnya dia menulis kedua bait syair berikut:
Seandainya bukan kerana takut kepada hukuman dan seksaan Bisyr dan tidak pula mahu melihat kedua tapak tangan ini di paku tentulah aku tinggalkan tempat kawalan di perbatasan ini dan langsung dating kepadamu. Sesungguhnya orang yang sedang mabuk cinta itu apabila dilanda kerinduan, pasti kerap kali menemui kekasihnya.
                Setelah surat itu datang kepada isterinya, maka isterinya membalas surat itu dan dituliskan di bawahnya kedia bait syair berikut:
Bukan orang yang sedang jatuh cinta itu takut kepada seksaan, sekalipun seksaannya dimasukkan kedalam nyalaan api.
Bahkan orang yang benar-benar jatuh cinta, tiada stu pun yang menakutkannya atu membuatkannya tenang, bila kekasih yang dicintainya ditinggalkan dalam rumah bersendirian.
                Setelah lelaki itu membaca surat balasan isterinya, ia berkata:
Tiada kebaikan dalam hidup ini bila tanpa dia.
                Lalu dia pulang ke Madinah dan lantas menemui Bisyr bin Marwan pada waktu makan tengah hari.
                Setelah Bisyr selesai makan, lelaki itu dibenarkan masuk menemuinya dan langsung berkata kepadanya:
Dengarkanlah alasanku, selanjutnya terserah kepada engkau keputusannya. Apakah engkau memaafkan atau menghukumku.
                Bisyr berkata:
Celaka kamu! Apakah kamu punya alasan?
                Lelaki itu menceritakan kepadanya kisah cintanya dengan anak gadis saudaranya yang baru ia nikahi sebelum keberangkatannya bertugas di perbatasan.
                Bisyr berkata:
Hai anak muda, kamu memang berhak mendapatkan keringanan.
                Lalu Bisyr mencoretkan namanya dari daftar tugas ketenteraan dan memberinya hadiah sebanyak 10,000 Dirham, lalu ia terus menuju ke rumah anak gadis saudaranya.
Aku tidak dapat tidur kerana merindukan seseorang sedang dia nyenyak dalam tidurnya dan menyeksa kalbuku dengan cinta kepadanya sedang dia sendiri sihat.
Aduhai, bertapa kecewanya diriku sampai tidur siang pun tak dapat kerana ucapan orang yang mencelaku: kamu orang yang menyeksa dirimu sendiri! Sebab mencintaimu.
Bertapa pun aku berupaya menyembunyikan cintaku dan menyimpan kerinduanku sedalam-dalamnya di dalam hatiku.
Aku tetap mencintai orang yang merasa tenang bila menyakitiku, sampai orang yang menyindirku melupakannya dan orang yang mencelaku memaafkannya.
                Penyair lain mengatakan:
Kerana perbuatanku bukan perbuatannya,aku rela menderita kerana ditinggalkan olehnya dalam keadaan dipanggang oleh kerinduanyang ku pendam dalam hatiku.
Allah mengetahui bahawa aku tidak pernah berharap bila dia pun merindukanku sama seperti kerinduanku kepadanya.
Aku khuatir dia menangis sebagaimana aku menangis, maka dia akan membiarkan aku menangis dalam hatiku selala suatu masa, kemudian menangisinya.
                Al-Abbas bin Hisyam al-Kalabi menceritakan bahawa Abdul Malik bin Marwan mengirimkantenteranya ke negeri Yaman, lalu mereka tinggal di sana selama beberapa tahun. Pada suatu malam di Kota Damsyik, Abdul Malik berkata:
Demi Allah, malam  ini aku akan menyelusuri seluruh Kota Damsyik untuk mendengarkan apa yang dikatakan oleh orang-orang tentang pasukan yang aku ambil dari kalangan mereka atas pembiyaanku dank u tugaskan untukk berperang di sana.
Ketika Abdul Malik bin Marwan berada di salah sebuah jalan Kota Damsyik, tiba-tiba ia mendengar suara wanita yang sedang berdiri mengerjakan solat. Lalu ia berhenti untuk mencuri dengar tenteng apa yang diperkatakan oleh wanita itu. Ketika wanita itu pergi ke tempatnya, terlebih dahulu mengucapkan doa berikut :
Ya Allah, tuhan yang menjalankan unta-unta pilihan, yang menurunkan kitab-kitab suci dan yang memberikan semua dambaan yang diinginkan, aku memohon kepada-Mu semoga Engkau mengembalikan suamiku yang telah pergi, melenyapkan kesusahan dan membahagiakan hatiku. Aku memohon kepada-Mu  semoga Engkau memberikan keputusan antara aku dan Abdul Malik bin Marwan yang telah menjadikanku menderita seperti ini
                Selanjutnya, wanita itu melantunkan bait syair berikut:
Malam ini terasa pajang, air mata terus mengalir dan kesedihanbenar-benar telah menyakiti hati ku hingga tidak dapat tidur.
Ku jalani waktu malam dengan memperhatikan bintang-bintangnya sedang hatiku terasa hancur berkeping-keping kerana dipanggang oleh kerinduan.
Bila sebuah bintang lenyap di tempat tengelamnya, ku lihat dengan mataku ada bintang yang lain yang muncul dari tempat terbitnya.
Apabila ku ingat kebahagiaan yang pernah kita alami bersama, ku rasakan hati ini seakan-akan hancur kerana kecewa yang sangat.
Setiap orang akan selalu ingat kepada kekasihnya.
Dia akan selalu berharap berjumpa dengannya setiap harinya dengan penuh semangat dan tak mahu berpisah dengan kekasihnya.
Wahai tuhan yang mempunyai Arasy, berikan kepadaku jalan kemudahan bagi kerinduanku ini.
Hanya kepada Engkau perbuatan semua hamba berdoa dan memperkenankannya.
Aku berdoa kepada-Mu, baik dalam keadaan suka mahupun duka, untuk suatu keperluan yang terasa menghimpit dalam tulang rusukku.
                Abdul Malik bin Marwan berkata kepada pengawal peribadinya:
Kamu tahu ini rumah siapa?
                Ia menjawab:
Ya, ini adalah rumah Yazid bin Sinan.
                Abdul Malik bertanya:
Lalu siapakah wanita yang baru kita dengar suaranya ini?
                Ia menjawab:
Isterinya.
                Keesokan harinya Abdul Malik bertanya:
Berapa lamakah seorang isteri dapat bertahan ditinggalkan oleh suaminya?
                Mereka menjawab:
Enam bulan!
                Jarir bin Hazim telah meriwayatkan dari Ya’la bin Hakim, dari Sa’id bin Jubair yang telah menceritakan bahawa dahulu Khalifah Umar bin al-Khatab apabila waktu petang ia mengambil tunggangannya, kemudian berjalan mengelilingi Kota Madinah. Apabila melihat sesuatu kemungkaran , dia terus menghentikannya.
                Pada suatu malam ketika dia sedang menyusuri Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang wanita di atas loteng sedang melantunkan bait-bait syair berikut:
Malam ini terasa panjang dan semua cakerawalanya telah gelap- gelita.
Tetapi aku tidak dapat idur kerana tiada kekasih yang menemaniku.
Demi Allah, seandainya tiada Allah dan tiada tuhan selain-Nya nescaya akan ku gerakkan tubuhku dari semua sisinya.
Tetapi aku takut kepada Tuhanku.
Rasa malu telah menghalang niatku dan aku pun menghormati suamiku.
Aku tidak mahu bila kehormatannya tercemar.
                Selanjutnya, wanita itu bernafas lega dan mengatakan:
Semoga terhinalah Umar bin Khattab kerana derita yang ku rasakan malam ini.

Sunday, May 22, 2011

Alhamdulillah.. kini bertaut kembali.

kisah ini berlaku pada 16 april 2011, pada ketika itu Baldu mengikut keluarga bercuti di Pengkalan Balak, Melaka. Pertama kali ingin bertentang mata dengan si dia,agak berdebar kerana ini merupakan 'first date' kami dan dengan berkat kesabaran,akhirnya kami bersua. Alhamdulillah.. akhirnya kami bertemu. Rasa hati ini tuhan saja yang tahu. Akhirnya kini hati kami betaut kembali. keesokan harinya kami bertemu kembali dan meluangkan masa yang 'agak lama' serta merakam memori indah bersama. Agak berat rasanya hati untuk melepaskan dia pergi.. rasanya biarlah waktu lambat berlalu ketika kami bersama. Tapi Allah lebih Mengetahui mengapa Dia percepatkan waktu ketika itu. Hari ini ( 22 mei 2011) dah hampir sebulan kami bersama kembali setelah berpisah waktu dulu. Kali ini biarlah hubungan kami berkekalan hingga ke alam perkahwinan dan insyaallah hingga hujung nyawa. Amin....kali ini Baldu berharap dapat membuka lembaran baru bersama dia dan akan menjaga hubungan dengan si dia dan idak lupa hubungan dengan Maha Pencipta. doakan kebahgiaan buat kami..

Thursday, February 17, 2011

cinta baldu

bermula perkenalan kami di laman web sosial yang popular dikalangan rakyat dunia.. "facebook"pada tanggal 09/oktober(time tu hari jadi baldu). biaselah, orang nak berkenalan mesti minta no phone kan?? ok lah.. si Baldu ni pon bagi atas sebab ingin berkenalan. malam hari kami memulakan langkah mengenali hati budi masing2( dengan sms lah.. nak kol xbanyak kredit.) hari kedua pula msaih lagi berkenalan..tibe hari ke tiga pada 11 oktober bermulalah bibit cinta di antara kami.pekenalan yang diiringi doa dan tangisan kesyukuran setelah hati baldu sudah lama menyepi. sepanjang percintaan kami, bermcam2 janji kami persetujui. akhirnya pada satu malam dia(kekasih baldu) mengadu kesakitan dan memberitahu hal yang sebenar.. tapi disebabkan cinta yang tulus daripada baldu.. baldu tabahkan hati dan menerima apa yang takdir tentukan. alhamdulillah... genap 4 bulan kami bertahan.apabila sampai bulan februari.. tanggal 14 februari dia mengirimkan sms.. "shah bebaskan nur " ketika itu baldu xdapat nak terima kenyataan yang dia nak putuskan hubungan kami ..bermacam2 alasan dan sebab baldu tanya dan berikan untuk pertahan kan ape yang dah dibina . sebelum tu kami jarang behubungan kerana dia sibuk dengan urusannya.. ingin juga menghubungi tapi hati baldu berkata"jangan diganggu urusan dia.. biarkan dulu.."...akhirnya pada tanggal 16 februari.. secara rasmi hubungan kami berakhir..
hancur istana yang dibina dhempas ombak lautan.. namun baldu terpaksa akur dengan takdir...baldu masih xdapat nak lupekan pe yang terjadi.. sume nyer baldu serahkan pada yang maha barkuasa.. hanya doa yang mampu baldu kirimkan untk dia..disini baldu ingin berkata.. memang skar untuk pertahankan pe yang kita pertahankan bile hakikatnye jadi macam nih..(insyaallah.. nnt baldu sambung lagi..)