rakan yang menyokong!!

Tuesday, September 18, 2012

EtniK kreaTif a.k.a irama Malaysia...

assalamualaikum..

kalian rindu tak nak dengar lagu2 etnik kreatif or irama melayu?
jujur tau.. sbnarnyer mmg rindu nak dengar, time aku rindu balik nak dengar lagu2 rentak camnih bila aku dengar lagu Hati kama-Dato' Siti dengan Noraniza Idris..
(cube korang bukak youtube n search lagu tu.. mmg best..)

ntah nape lah susah nak cari anak2 muda yang boleh nyanyi lagu macam nih,

keistimewaan secara ringkas yang aku dapat ungkai dari lagu2 etnik malayu nih antaranya penuh dengan unsur nasihat, pantun melayu, atau pendek kata ianya melambangkan identiti masyarakat melayu.
bukan xnak sokong lagu2 yang ade sekarang nih,tapi semuanya hanya tentang meluahkan perasaan n lirik yang terlalu simple (bagi aku lah).. banyak sebenarnya...
rindu dengan karya2 Pak Ngah..

Dato' Siti Nurhaliza
antara yang terkenal dengan lagu-lagu Irama melayu..

xpercaya?? cuba dengar dulu dan faham liriknya.. 

senarai lagu yang aku minat.  :
- Hati Kama- Siti Nurhaliza ft Noraniza Idris
- kurik Kundi- Siti Nurhaliza
- cindai-Siti Nurhaliza
- dikir putri - Noraniza idris
- nazam berkasih - Syura
- badarsila - Siti Nurhaliza
- hala Timur - Noraniza Idris
- nirmala -
- ya maulai-
- mahligai permata-



cube dengar sekali... mmg best.. jangan biar ia lapuk ditelan zaman...



Sunday, September 16, 2012

mEnjaGa Hati..

aku pon xtau nape dengan aku nih, adkah terlalu baik atau pun terlalu lurus.. 
entahlah...aku nih sejak kecik dah di ajar hormati hati orang len dengan arwah atok aku, bile kita jaga hati orang len,InsyaAllah mereka juga akan menjaga hati kita. 
tapi ape yang aku rasakan sekarang nih lain plak yang jadi. nak tau knape? aku punyelah bermati2 jaga perasaan dorang( sahabat) tapi last2 aku yang merana..memang kengkadang aku kecewa sampai xtau nak mengadu dengan sape.. surau jugak jadi saksi tempat aku menangis n mengadu..
ape yang perlu sekarang nih cume sabar n cube cari kawan yang dapat bahagiakan aku di dunia dan akhirat.. 

     adakah tuhan merancang yang terbaik untuk aku?

Thursday, September 13, 2012

Will BaCk tO NOrmaL!! yeeayy!!

Allhamdulillah, segalanya akan beransur seperti biasa... tapi akan berlangsung secara perlahan2. Harap segalanya akan berjalan dengan lancar..aminn~
tapi satu je yang aku terkilan, apa gunanya bersahabat tapi masing-masing xdapat nak membantu satu sama lain? bila mengadu nasib, semua saling menyalahkan aku seolah-olah aku ni insan yang paling malang dalam dunia.. entahlah.. kadang-kadang bila tengah malam xde pelanggan kat petronas tu aku cari jugak kertas dan pen, meluahkan rasa hati n tetibe air mata mengalir dengan sendiri tanpa sape pon yang tau.. cuma Allah.
Dia je yang dapat baca isi hati n aku percaya Dia menentukan yang terbaik untuk aku..
cuma aku yang terlalu ikutkan kata hati dan nafsu semata.. mungkin aku akan menjadi lebih matang selepas nih dengan mencari seorang sahabat yang benar-benar kan membawaku ke jalan yang betul.
mungkin betul cakap mama, pedulikan mereka yang iri hati dengan kita, asal kita pedulikan hati orang yang menjaga hati kita.
aku pulak pegang perinsip hidup aku, jaga hati orang n suatu hari dia akan jaga hati kita, insyaAllah..
mungkin ini sahaja yang aku dapat luahkan buat sementara waktu. jika diberikan kesempatan bernafas lagi, akan aku mengadu lagi dekat blogger nih..


Sunday, September 9, 2012

ApalaH NasiB..sakit tau kau tikam belakang..!


"tulang belakang ada banyak saraf yang penting dalam tubuh. Bayangkan kalau kene tikam kat belakang tu..perghh...memang boleh lumpuh..."
ayat yang aku fikirkan nih memang ade logik nya berkaitan dengan kawan tikam belakang atau nama lain nya ialah P.E.N.G.K.H.I.A.N.A.T ataupon talam dua muka..

   memang geram aku and memang tak suka aku kalau ade kawan yang tikam belakang kita. nak dijadikan satu cerita...
=====================================================================

lepas je aku berhenti dan "berehat" selama seminggu.. aku pon mulakan tugas aku sebagai pekerja petrnonas balik. Biasa lah kan,, kene lah mukakan dari bawah balik n tanpa jawatan. agak kecewa dengan sambutan yang diterima, hambar dan seolah-olah penuh dengan kebencian n tidak ikhlas oleh rakan-rakan yang aku hormat n sayang (still lagi sayang..)
seperti menyimpan sesuatu yang aku pon xdapat nak ungkai sebenarnya..
Kemudian aku mengambil langkah berani, bertanyakan kepada dia (rakan yang ade jawatan supervisor)
nak tau ape jawapan..."ko tanyelah sekian2..."  huh!! agak mengecewakan sebenarnya. then, bila aku tanya kepada sekian2 tu.. dia cakap aku ade kutuk2 diorang dalam facebook, hurm,, masalahnyer bukan niat aku nak tujukan dekat dorang...?? terase lah tu...(macam korang je kwan yang aku ade)..
so dia cakap lagi "..xseronok lah kalau kerja masing2 buat muka.." SOOO???!!! lepas tu buat muka balik dengan aku.. Professional sangat ke macam nih??

nak ajak berbincang pon muke macam ntah hape2.. huh!!

P/S:: kalau korang ade terbaca blog nih, harap leh amik tindakan and same2 bawak berbincang..jangan nak suka2 je cakap belakang, kalau rase diri tu sempurna sangat xpayah nak merendah2kan kebolehan seseorang..( tiada manusia yang sempurna kecuali Nabi Muhammad saw..)



renungkan maksudnya... (-_-)

Duit Malaysia...

Dah nampak belum seringgit macam ini??

alamak..sape nak duit ni?

mana satu korang pilih?

agak-agak kenapa ya??


hurm...terkejut jugak bila aku terima duit camnih dari staff tempat kerja aku, bank yang keluarkan..nape xasingkan?? sape yang nak duit camnih? Apelah nasib duit malaysia sekarang, ramai jugak yang mengadu dekat "cashier" nih pasal duit sekarang. Ade yang cakap token lah (syiling funfair) duit monopoly lah..macam-macam lagi lah. Sebagai juruwang yang agak 'pro' (perasan jugak ko nih ..)mmg xdinafikan lah ..aku lebih suka duit kertas yang lama daripada duit "kertas"yang baru...



Monday, September 3, 2012

Ubat yang paling pahit!!!

"..kOrg ske x ble da ludah p2 jilat semula..?
da pijak2 plak 2..
hish..!!cm xade prasaan.."


Entah kenape bila aku bukak je facebook,nampak ayat nih kat wall dia..siapa dia?? wallahualam... tuhan je yang tau.. Nak tau kenape??

bermula sebuah cerita...
****************************************

aku ade mintak kerja dekat Dunkin Donut kat petronas tempat lama aku kerja dulu.. dah interview, dapat.. then..pk2 balik sebab nak rapat balik dengan kawan lama kat sana. ok lah sbb eksekutif kat sana (kak ila) xkesah n boleh je aku masuk balik..
Minggu depan (27/august/2012)

tup..tup.. ayat nih yang aku dapat.. memang terasa lah jugak. sebab aku rasa ayat tu memang ditujukan dekat aku. So..kne telan lah walaupun pahit...!!! wweekksss!! tahun nih memang tahun aku perlu turunkan ego..
 haahhhh!!! geram betol lah..!!

kalau korang jadi aku korang akan buat apa?? aku hanya nak cari kebahagiaan hidup dengan kengkawan, salah ke?? salah ke aku bahagia?

bile aku start lapor diri, sume buat2 muka dengan aku.. kalau memang xpuas hati cakap je, xde sape nak marah.. 
nih x, bila aku tanye knp korang xpuas hati..kne tanye plak dengan orang lain?? apesal plak?? ko yang xpuas hati dengan aku tapi kne tanye orang lain knp.. lau orang tu makan taik korang pun makan taik lah kan??? 
selagi aku boleh sabar, aku sabar..tunggu dan lihat je nnt....