rakan yang menyokong!!

Wednesday, October 2, 2013

Maybelline clear smooth BB stick

Salam semuanya….

Dah siap keje..dan ini merupakan review produk yang zati nak share jugak dengan korang semua..

Maybelline clear smooth BB stick…pernah dengar kan?? Duta produk ni Elfira Loy..
Hmmm… mase tu zati ada jugak keinginan nak cube produk ni. Alhamdulillah,ad kesempatan dapat beli 1. Harge dah x ingat lah.. x mahal.. tapi affordable la jugak.




            Tengok review dekat youtube mcm senang nak apply.. bile dah rase sendiri..mmg senang lah. Huhu.. tekstur yang ringan n sapuan halus je. Kenape? Xpercaya ke? Hahah.. mane yang dah pakai tu mesti setuju dengan zati..kan?


Ok,, zati ada selitkan gambar mase zati x pakai apa2 produk pon (lepas basuh muka n pakai toner ) dengan kesudahan nya… zati punya BB stick ni no 02-natural.. so mungkin xberape nampak sangat.. huhu.. tapi tngok je lah.. huhu…




Sekian je cot cet zati kat cini,, nak type panjang lebar kang xterbace pulak korang kan??
Daaa…

Salam sayang…

xOxO..

BaLdu UNgu..


St. Ives.. skrub terbaik!!

salam semua..

harap sihat dan gembira nampaknya..

straight to the poin ok..sbb zati xbanyak mase.. banyak keje nak buat.
Ok, about St.Ives apricot scrub ni sebenarnya dah lama zati nak share dengan semua. Hari ni baru dapat peluang sebab baru je skrub muka ni..hoho.. masa tu zati nak cari skrub muka apricot safi balqis.. tapi dah abis..

taraaa....!!


St.Ives ni sebenarnya dah jadi skrub fevret zati. Mmg jimat kalau di ikutkan. Kenapa?? Dengan harga sekitar RM 19- RM 22(lokasi tesco nilai putra ) boleh pakai dalam mase 3 bulan..percaya atau tidak? (bergantung dengan berapa banyak yang korang picit..)


Skrub ni sangat natural..xberbuih.. dan kandungan ‘biji’ skrub nya mmg sangat berpuas hati. Pakai dan kemudian bilas dengan air suam.. hasilnya.. memang suke sangat.. kulit jadi licin halus.. nak pakai make-up pon senang.. xde masalah macam kulit kering yang menyebabkan solekan  xbrape nak menjadi..


Alhamdulillah.. setelah hampir 4 bulan pakai.. parut jerawat mula pudar.. dan x de lagi masalah white head or blackhead kat muka..

Maaf sebab nak describe panjang lebar.. kesuntukan masa. Kalau berminat nak tengok hasilnya.. buktikan sendiri.. jangan risau sbb muka zati pon tergolong dalam kalangan kulit yang sensitive..

Salam sayang..

XoxO


BaLdu UNgu..

Tuesday, October 1, 2013

HaTi PereMpuan..

salam semua..

hari ni zati tiba-tiba nak berkongsi satu rasa yang mungkin perempuan di luar sana rasa apa yang zati rasa (yelah..same2 pompuan). Ok lah.. terlebih dahulu zati ucapkan terima kasih sebab sudi menjengah blog ntahapehape yang boleh dikategorikan sebagai blog yang mengarut..hehehe..

           Lumrah perempuan sejak azali dilahirkan dengan pelbagai perasaan atau lebih sopan lagi ialah naluri. Memang sinonim kalau kita dengar “naluri seorang ibu..” dengan “naluri sebagai perempuan..” dll..


          kenapa zati tibe2 je nak berceloteh pasal ni ea?? Sbb zati pon perempuan. Ada lah nak berkongsi sikit pengalaman and perasaan tu.
Baiklah.. mungkin segelintir lelaki kat luar sana xtau siapa kita sebagai seorang perempuan. Biase lah,segelintir lelaki mungkin xkan amik port/peduli dengan kita.so mcam ni lah ea.. zati cuba bantu perempuan2 kat luar sana untuk explain/terangkan siapa kita..!

Who we are as a girl…??

Majoriti  perempuan dilahirkan dengan perasaan yang lembut. Even mereka yang berlagak seperti tomboy tu pon ada perasaan sedemikian. Zati ni boleh dikategorikan sbgai perempuan yang agak baran and suka memendam perasaan. Tak kesah lah dilahirkan dengan perangai yang ntah ape2 mesti akan terselit rasa lembut hati tu. Ego macam mana pon seseorang tu, jahat macam mane pon dia..percayalah.. mesti ad.(yang mmg dah lembut tu dah la.. xleh nak cakap ape..).kita boleh ambil contoh seperti yang dekat dengan kita, iaitu mak kita sendiri. Korang wat ape pon kat dia,msti dia akan terasa,sebab mak kita pon perempuan.so sama lah..!. ibaratkan lah GF korang tu macam mak korang, tapi ingat,kalau dah kahwin esok,jaga hati mak..korang boleh nak lebihkan isteri,tapi jangan lah bagi mak tau..so yang isteri ni pun jangan lah menunjuk2 kat mak mertua ea.. xsayang laki korang ke? Xpasal jatuh dosa..so lelaki yang kat luar sana tu.. jaga lah hati pasangan masing2.. termasuk kamu jugak Mr.N..!


Perempuan ni jugak perlukan perhatian sebenarnya.. tak kira dia tu adik atau pon sesiapa dalam hidup korang. Zati bukan ape..kengkadang kadang-kadang Mr.N tu selalu ckap perangai zati macam budak2.. so biar lah pon, t dah kawin tukar lah watak isteri pulak.. dah ade anak nnt lagi lah lain perangai.. xkan nak same mcm anak2 kot..?? haish.. xpaham betol lah.. merajok lah..itu lah,,ini lah.. bla..bla..bla.. hurm..tapi xpe..sebab…


Haa..ni lah sebabnya.. kite ni sbgai perempuan sangat-sangat penyabar.. am I right?? Betul..sebab..sekali lagi kita tngok mak kita.. sangat penyabar bukan? Ape yang kita buat,kita nakal macam mane pon dia tetap sabar. Beruntungnya kita sebagai seorang perempuan. Tapi itu lah.. kadang tahap kesabaran kita pon ade batasnye jugak kan. Hurm..


Selain tu.. perempuan dengan air mata. Memang xkan boleh dipisahkan. Perempuan x akan menangis kalau xde sebab tau. Mesti bersebab. Contohnya..dalam bab-bab bercinta ni.. for example; bila dalam tahap dia sudah x boleh nak bersabar dengan sesuatu perkara, xkesah lah dalam perjalanan balik dating ke..tengok wayang ke or whatever.. dia akan menangis. Sebab? Sebabya antara salah satunya ialah mahu menjaga hati pasangan atau orang yang dekat dengan dia. Percayalah wahai kaum adam di luar sana..memang luaran kami nampak kuat..tapi dalam kami rapuh. Untuk dapatkan kembali kekuatan tu.. salah satunya luahan atau menitiskan air mata.. huuu…. L


Bayak lagi yang zati nak kongsi.. tapi ini sahaja yang zati dapat share dengan pengunjung balduungu.blogspot.com yang setia update blog zati.. tq suppotrez..

Salam sayang muah..muah dari zati..

xoXO

BaLdu UNgu

Saturday, September 28, 2013

BF ku Sahabat Ku...

Kita sebagai manusia nih dikurniakan dengan pelbagai perasaan. Marah, benci,sayang dan macam-macam lagi. Ni zati nak habaq mai.. (cakap utara dah…) bagi sesiapa yang ada masalah dengan pasangan.. baik ikot langkah yang zati cube nak kongsi ni..
1-     Layan pasangan kita tu mcam kita layan sahabat kita. Tapi jangan lah kasar sangat.
2-    Cuba sekali skala ubah panggilan dari yang manja ke panggilan yang formal. Kadang-kadang pasangan mungkin akan cepat bosan. Lagi-lagi ada yang xsuka. Lebih gemar dengan panggilan nama. Tak pe..ikut je kepala dorang..

3-    Bergurau senda, alahh… xkan lah xpernah bergurau dengan orang lain kot mcm kengkawan yang lain?? Hmmm… satu taktik yang mungkin berkesan sbb zati selalu cube untuk buat En.N ketawa..walupon dia akan cakap “punchline” xkene..ok..

Sampai kat sini dulu perkongsian zati.. sebenarnya banyak lagi yang zati nak share..tapi… aahh..!! lupekan… thankz sebab follow blog..
p/s : malam2 mcm nih teringat kengkawan… to Kak Intan n suria.. take care ea..walupon zati tau kak intan mesti ada jengah blog nih… 


Friday, September 27, 2013

Finally...!! get a new look..

salam semua.. 

setelah berjam-jam duduk kat depan laptop HP nih..zati baru je siap 'renovate' blog yang pada asalnya memang xlawa..(bg zati mmg xlawa) tapi skarang amat berpuas hati dengan design terkini. Alhamdulillah...tak tau lah pandangan korang semua macam mane kan?. sebab.. lain orang lain pandangan. so.. skarang ni misi zati adalah.. nak makan...!! lapar nih.. this monster want to eat the chicken curry homemade by my mom.. (thankz mama..) 

ok lah sampai sini dulu cot cet cot cet zati.
nanti malam insyaAllah akan post lagi..
sape yang nak jd mmber bolg nih silakan... boleh sama2 kongsi pendapat dan pandangan..

xoXO..
BaLdu UNgu..

tatatata,,,,

Wednesday, July 3, 2013

thank you korang..!!

Assalamualaikum…salam satu Malaysia.. J

Alhamdulillah,syukur kehadrat Illahi sbb masih diberi peluang bernafas dan melakukan ibadah serta perintah-Nya.. moga kalian juga sihat hendaknya..

Dah lama jugak tak update blog and its surprising me when I looked at the pageviews.. 1424 pageviews.. wOow!!

I just want to thank you because you are supporting and willing to see and read my writing..Alhamdulillah….

InsyaAllah akan update lagi story moly yang best2 and Laka-laka…

xoXo
BaLdu UNgu..

THANK YOU!!

Thursday, June 20, 2013

Kentut?!! Eeewwuhh...! pengotornya!!

Assalamualaikum… salam sejahtera..
Buang angin atau kentut tu adalah lumrah semulajadi manusia sejak azali lagi. Tipu lah kalau korang sume xpernah kentut sedangkan baby pon kentut tau..(yeke??..hehe). time sekolah dulu cikgu ada cakap kat kami “eleh.. nak buang angin tu buang je lah.. artis yang famous tu pon kentut jugak kalau lalu kat red carpet…” (xboleh blah ayat…). Nak tau kenape zati tibe2 je nak update pasal nih? Sbb nyer zati dok umah xde bende nak wat.. dok lepakz2 kat depan terkentut pulakz!! Hahaha..(at least saye mengaku..!! huu.. blushing saye..:p). xkan nak simpan pulak?? Gile ke apa?? Sakit perut xpasal kne gastric..
Ok.. xnak citer banyak..so zati nak kongsikan ap yang zati tau pasal kentut… (tu lah guna internet.. xde asyik bukak FB jerk.. )
                                                                                              


Macam mane kentut nih terhasil ea??

Haa… nak tau camner?? Seseorang menghasilkan kentut untuk mengeluarkan gas berlebihan yang memudaratkan fisiologi tubuh manusia. Kalau di ikutkan, lelaki lagi banyak keluarkan gas iaitu sebanyak 1.5-2.5 liter berbanding saye yang perempuan nih sebanyak 1-1,5 liter gas je.. (hahah… bangge) bergantung pada kuantiti makanan yang di ambil dalam sehari!!…(alaaaa…xleh da nak bangge..)
Betul x kalau kentut tu merpupakan kayu ukur kesihatan seseorang?? Namun harus diingat,individu yang kerap kali mengeluarkan kentut dalam sehari ditambah pula dengan rasa sakit dan kentut yang dihasilkan berbau ,maka dinasihatkan untuk berjumpa pakar.

Tidak semua kentut dilepaskan dari tubuh melalui anus/dubur. Bagaimana ya? Ketika tekanan separa dari komponen gas lumen usus lebih tinggi daripada tekanan separa dalam salur darah, komponen gas dari usus masuk ke dalam aliran darah .Proses ini dinamakan proses serapan.Gas daripada salur usus akan melewati paru-paru dan akan dihembus keluar.
Jadi,proses kentut boleh berlaku bila korang tengah  tidur lena diulit mimpi..(waah dah macam lagu Wings) atau melakukan aktiviti seharian tanpa korang menyedari bahawasanya korang dah keluarkan kentut! (haha.. jahat x entry nih)

Apakah kandungan gas yang terdapat pada kentut?
Komposisi gas  flatus @ kentut :

- Nitrogen: 20–90%
- Hydrogen: 0–50%
- Carbon dioxide: 10–30%
- Oxygen: 0–10%
- Methane: 0–10%

“..Apabila anda bernafas melalui mulut atau ketika anda makan,(makanan bercampur dengan udara) hampir keseluruhan gas oksigen diserap oleh badan sebelum melalui salur usus (intestin). Majoriti gas yang sampai ke usus besar ialah gas NITROGEN.
Tindak balas kimia yang berlaku di antara asid perut (acid hidroklorik) dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida . Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan gas metana.
Seseorang yang kerap mengambil minuman berkarbonat akan menghasilkan kentut dengan banyak dan akan menghasilkan kentut pada kekerapan yang tinggi.
Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen , 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen . Kedua-dua gas metana dan hidrogen merupakan gas yang mudah terbakar. Tidak mustahil kentut yang mengandungi kuantiti gas hidrogen dan metana yang mencukupi boleh menjadi sumber untuk menghidupkan api ! walaubagaimanapun,tidak semua ‘gas’ yang dihasilkan mengandungi kandugan gas metana. Kuantiti gas ini sangat bergantung pada bakteria yang hidup di usus besar, atau fermentasi, makanan yang belum diserap oleh saluran penghadaman sebelum sampai ke usus besar..” (ayat kopi pess google)


Kenapa kentut berbunyi!! (kebaabOOmmm…!!)
Haaa…. Yang ni korang mesti nk tau n laud ah tau mesti gelak je.. tapi ingat!! Nih fakta sains ok.. bukan auta semata!!
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus) . Semasa korang tengah membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Jadi,tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kuantiti gas yang keluar. (so..? nak gelak?? Gelak lahhh….)

Macam mane kentut boleh berbau?
          Hahah… yang masih meneruskan baca blog mengarut nih TAHNIAH!! Sbb korang akan tau mcam mane nak elak “gas” tu jadi berbau busyuk…ok,kentut ni boleh berbau dengan kehadiran 1% gas hidrogen sulfide , indole , ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet korang, lebih banyak skatole dihasilkan oleh bateria dalam usus ; maka lebih busuklah kentut korang! (hahhaa…)
Tapi bende nip on bukan disebabkan oleh itu je..tapi mungkin disebabkan oleh masalah penghadaman..(that’s why Jibam minum Vitagen…!! Oh! My English..)
Punca bau busuk kentut anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
masalah sistem pencernaan yang tidak sempurna seperti jangkitan pada salur usus
makan dalam kuantiti yang banyak
pengambilan makanan yang masam
pengambilan makanan yang meningkatkan penghasilan kentut seperti kubis, kacang, pisang, plum, lobak ,bawang.
Minuman seperti soda dan minuman berkarbonat
masalah gerakan(peristalsis) usus yang tidak sempurna disebabkan oleh jangkitan kuman dan sebagainya
pengambilan makanan tenusu seperti keju
Lactose intolerance- keadaan di mana lactose sukar untuk dicernakan
pengambilan kopi dan teh secara berlebihan
pengambilan alcohol yang berlebihan
penyakit pada usus besar

Bagaimana mengelakkan kentut berbau?
Terdapat beberapa cara yang boleh saudara lakukan untuk mengurangkan masalah yang saudara hadapi Antaranya:
lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat dalam diet kerana kandungan zat dan vitamin dalam sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengelakkan sembelit dan menghentikan masalah kentut berbau.
Minum air yang banyak untuk menggalakkan gerakan yang lebih baik dari usus dan sekaligus membantu membersihkan usus anda.
Elakkan makan makanan yang dibuat dengan bahan pengawet dan bahan kimia sintetik.
Kurangkan gula dan minuman manis dalam diet kerana kuantiti gula yang berlebihan menyediakan medium yang baik untuk pembiakan bakteria dalam usus (lebihkan manis dalam senyuman… J )
lakukan senaman dan aktiviti fizikal secara teratur untuk membantu proses pencernaan bekerja dengan lebih baik
Makan dengan betul dan ini bermakna mengunyah makanan dengan baik, sekurang-kurangnya 40 kali sebelum menelan makanan.(sunnah Nabi….)
Makan perlahan-lahan. Jangan terburu-buru untuk menghabiskan makanan kerana makanan yang kurang cerna menyebabkan kentut berbau.
Campur jus lemon dengan segelas air kemudian tambah setengah sudu teh baking soda untuk mengelakkan perut kembung kerana perut kembung juga menyebabkan kentut berbau.
- makan dalam jumlah dan kuantiti hidangan yang sedikit untuk memberi ruang kepada organ pencernaan untuk memproses dan mencerna makanan dengan baik
- amalkan pengambilan yogurt dan susu kultur dalam diet. Kajian menunjukkan yogurt mangandungi kandungan probiotic lactobacillus acidophilus yang mencukupi untuk melawan serangan bakteria sekaligus menghapuskan masalah kentut berbau



Haa…. Dah abis. Nanti kalau ade bende yang zati pikir boleh dikongsi.. InsyaAllah zati update lagi..
Jangan serik tau..
xoXO..
BaLdu UNgu..