rakan yang menyokong!!

Monday, May 23, 2011

merealisasikan cinta

Setelah Allah menyebutkan apa  yang dihalalkan bagi hamba-hamba-Nya berkaitan dengan para isteri dan anak perempuannya dan apa sahaja yang Dia haramkan atas mereka, Allah berfirman:
Allah menerangkan ( hukum syariat-Nya) kepada kamu dan menunjukkan kamu kepada jalan-jalan orang yang sebelum kamu (para nabi dan solehin) dan (hendak) menerima taubatmu dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah hendak menerima taubatmu,sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya(dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepada kamu dan manusia dijadikan bersifat lemah.  [an-Nisa{4}, ayat 26-28]
                Yakni manusia itu tidak dapat menahan dirinya terhadap wanita sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ats-Tsauri, dari Thawus, dari ayahnya yang telah mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya:
Dan manusia dijadiakan bersifat lemah  .  [an-Nisa{4}, ayat 26-28]
                Bahawa apabila lelaki itu melihat wanita, dia tidak akan dapat menahan dirinya. Hal yang sama telah dikatakan oleh bukan hanya seorang dalam kalangan ulama salaf.
                Berkaitan dengan nafsu syahwat dalam bab ini merupakan faktor utama, maka sudah menjadi kepastian yang mengalaminya untuk melakukan taubat. Allah sendiri dalam ayat-ayat di atas mengulangi sebutan taubat sebanyak dua kali. Dia memberitahu bahawa orang-orang yang mengikut nafsu syahwatnya menginginkan agar hamba-hamba-Nya menjadi sama seperti mereka iaitu cenderung mengikut kemahuan hawa nafsu syahwatnya. Akan tetapi, Allah memberitahu pula bahawa dia menginginkan keringanan bagi kita mengingat kelemahan yang ada pada diri kita. Oleh kerana itu, Dia membolehkan kepada kita untuk menikahi wanita manapun yang kita suka maksima empat orang isteri dari gadis yang kita sukai.
                 Mengingatkan hamba Allah dalam bab ini ada tiga keadaan iaitu adakalanya tidak mengetahui mana yang halal dan yang haram. Adakalanya memudahkan dan melalaikan jua adakalanya  lemah dantidak punya kesabaran, maka Allah menghadapi keadaan hamba yang tidak tahu keterangan dan petunjuk, menghadapi kemudahan dan kelalaiannya dengan taubat menghadapi kelemahan serta ketidaksabarnya dengan keringanan.
                Abdullah bin Imam Ahamad dalam kitab Zuhud karya ayahnya mengatakan:
Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar : Telah menceritakan kepada kami Yusuf bin ‘Athiyyah, dari Tsabit, dari Anas bin Malik yang telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernsh bersabda :
Aku mersa bahagia bila daldm solatku dan aku diciptakan menyukai wanita dan wangian. Orang yang lapar merasa kenyang(dengan makan) dan orang yang dahaga merasa segar(dengan minum) tetapi aku tidak pernah kenyang dari menyukai solat dan wanita.
                Hadis ini berasal dari kitab Sahih Muslim tetapi tanpa tambahan : orang lapar merasa kenyang dan seterusnya.
                Dalam kitab Sahih Muslim disebutkan melalui hadis ‘Urwah, dari Aisyah yang telah menceritakan:
Ketika RAsulullah memperolah para tawanan dari Bani Mushthaliq, Juwairiyah binti al-Harits bin Abu Dhirhar jatuh ke dalam bahagian Tsabit bin Qais bin Asy-syimmas, atau anak saudaranya. Maka saat itu juga Juwairiyah mengajukan permohonan transaksi penulisan untuk kebebasan dirinya. Dia adalah perempuan yang cantik lagi manis, tidaklah sekali-kali seorang lelaki melihatnya, melainkan pasti jatuh hati kepadanya. Untuk itu, Juwairiyah dating menghadap kapada Rasulullah untuk meminta bantuan dari baginda bagi kebebasannya.
                Aisyah melanjutkan ceritanya :
Demi Allah, begitu aku melihat kedatangannya di depan pintu rumah, aku langsung tidak menyukainya dan aku mengetahui bahawa Rasullullah telah melihat kecantikan Juwairiyah seperti yang ku lihat.
                Juwairiyah berkata :
Wahai rasulullah, saya adalah Juwairiyah binti al-Harits bin Abu Dhirar, pemimpin kaumnya. Sesungguhnya saya mendapat musibah seperti yang tidak kabur bagimu dan diriku jatuh ke dalam bahagian Tsabit bin Qais bin Asy-Syimmas atau anak saudaranya.  Kerana itu, aku datang kepadamu untuk meminta bantuan darimu.
                Rasulullah bertanya:
Apakah engkau punya paendapat lain yang lebih baik?
                Juwairiyah bertanya kembali:
Apakah pendapat itu?
                Rasulullah menjawab:
Aku yangakan melunaskan transaksi penulisanmu, lalu engkau ku nikahi.
                Juwairiyah berkata:
Baiklah, wahai rasulullah, aku bersedia.
                Maka berita itu tersebar dalam kalangan kaum muslimin bahawa Rasulullah telah menikahi Juwairiyah binti al-Harits dan orang-orang pun mengatakan :
Kini mereka menjadi besan Rasulullah!
                Akhirnya mereka membebaskan semua tawanan yang ada di tangan masing-masing. Aisyah mengatakan :
Sesungguhnya setelah Rasulullah menikahi Juwairiyah, bebaslah seramai 100 ahli bait lebih dari kalangan Bani Mushthaliq dan aku belum pernah mengetahui seorang wanita pun yang lebih besar berkatnya bagi kaumnya selain Juwairiyah.
                Abdullah bin Umar telah menceritakan :
Dalam peperangan Jalula,aku mendapatkan hasil ghanimahnya seorang gadis cantik yanh berleher jinjang bak kendi perak, maka kai tidak tahan lagi melihat kecantikannya sehingga aku menghampiri dia dan aku menciumnya.
                Dalam kitab Sahihain disebutkan melalui hadis Anas yang telah menceritakan bahawa Rasulullah tiba di Khaibar. Setelah Allah menaklukkan benteng Khaibar untuk baginda, maka disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW berita tentang kecantikkan Shafiyyah binti Huyayyin yang suaminya telah terbunuh dalam peperangan, sedang Shafiyyah saat itu masih menjadi pengantin wanita, maka Rasulullah SAW memilih untuk dirinya.
                Selanjutnya Rasulullah pulang dengan membawanya dan ketika sampai di SAddur-Rauha, baginda baru menggaulinya dan baginda membuat makanan Hais dan disajikan di atas hamparan kulit yang tidak terlalu besar. Rasullullah bersabda ( kepada Annas yang saat itu menjadi pelayannya) :
Undanglah orang-orang yang ada di sekitarmu!
                Hanya itu lah walimatul urus pernikahan Rasullullah dengan Shafiyyah.
Selanjutnya, kami meneruskan perjalanan le Madinah dan aku(Anas) melihat Rasulullah sedang mempelana punggung untanya dengan lain tebal untuk tempat duduk shafiyyah di bahagian belakang dan RAsulullah terlebih dahulu menaikkan lututnya untik pijakan kaki shafiyyah naik ke punggung unta. (Hadis Bukhari dan Ahmad.)
                Menurut riwayat yang ada padaAbu Dawud sehubungan dengan kisah ini disebutkan bahawa telah jatuh ke dalam harta rampasan Dahiyyah seorang gadis cantik, lalu Rasulullah menukarnya dengan tujuh orang budak lelaki. Selanjutnya, baginda menyerahkan kepada ummu Sulaim. Dia adalah Shafiyyah binti Huyayyin.
                Abu Ubaidah menceritakan kisah berikut bahawa Abdul Malik bin Marwan  melalukan ibadah haji dengan ditemani oleh Khalid bin Yazid bin Muawiyah, salah seorang dari kalangan Quraisy yang tiada tandingannya. Oleh itu, dia sangat dihormati oleh Abdul Malik.
                Ketika Khalid sedang tawaf, tiba-tiba pandangan matanya terjatuh ke arah Ramlah binti Zubair Ibnul Awwam dan ia langsung terpikat dengannya dan cintanya kepada Ramlah telah menguasai hatinya.
                Ketika Abdul  Malik bin Marwan hendak pulang ke Syam,Khalid sengaja menangguhkan kepulangannya, maka Abdul Malik merasa curiga dengannya, lalu ia mengirimkan seorang utusannya untuk menanyakan tentang penangguhan itu.
                Khalid menolak dalam jawapannya dengan mengatakan:
Wahai Amirul Mukminin, Ramlah binti Zubair  ku lihat dia sedang tawaf di Baitullah, maka kecantikannya telah membuat fikiranku kacau bilau. Demi Allah, sejak mula aku tidak akamn menceritakan hal ini kepadamu tetapi kesabaranku ada batasnya. Ku paksa mataku untuk tidur tapi ia menolak dan tidak mahu menerimanya. Ku cuba dengan segala macam cara untuk menghibur hatiku tetapi ia menolak.
                Abdul Malik mendengarkan ungkapan Khalid dengan perassn yang sangat hairan, lalu ia memberi komen:
Aku tidak mengira bahawa  cinta dapat menguasai diri seseorang seperti engkau.
                Khalid bin Yazid bin Muawiyah berkata:
Sesungguhnya aku sendiri lebih hairan daripadamu kerana sejak mula aku berpendapat bahawa cinta itu hanya dapat menguasai dua jenis orang iaitu para penyair dan orang-orang pedalaman.
Adapun para penyair, maka fikiran mereka hanya tertuju kepada wanita, menggambarkan kecantikan wanita dan merayu wanita sehingga watak mereka cenderung menyukai wanita dan dengan sendirinya kalbu mereka lemah untuk dapat menolak serangan cinta. Akhirnya, mereka menyerah dan patuh pada kemahuan cintanya.
Adapun orang-oarang pedalaman, seorang daripada mereka hanya tinggal berduaan dengan isterinya, maka tiada yang dapat menguasai perasaannya kecuali cinta kepada isterinya dan tiada kesibukan yang dapat memalingkan cintanya itu sehingga hatinya lemah untuk menolak cinta sehingga cinta menguasai dirinya. Akan tetapi, aku merasa hairan, aku belum pernah melihat satu pun pemandangan ang dapat menghalang diriku dari tekadku yang nekad dan membuat diriku terasa mudah untuk melakukan perbuatan dosa, kecuali hanya dalam pemandanganku kali ini.
                Abdul Malik tersenyum setelah mendengarkan pengakuan Khalid, lalu bertanya:
Apakah sampai sedemikian teruknya cinta menguasai hatimu?
Khalid menjawab:
Demi Allah, aku tidak pernah mengalami kekacauan dalam berfikir seperti sekarang ini sebelumnya.
                Abdul Malik pun mengirimkan utusannya kepada Az-zubair untuk melamar ramlah buat Khalid, lalu para utusan itu menyampaikan lamaran tersebut kapada Ramlah, maka Ramlah menjawab:
Tidak, demi Allah aku tidak mahu menerimanya sebelum dia menceraikan semua isterinya.
                Khalid pun menceraikan kedua isterinya, lalu membawa Ramlah ke negeri Syam dan disebutkan bahawa sebelum itu Khalid kerap kali melantunkan bait-bait syair berikut:
Setiap malam semakin bertambah rinduku dan setiap waktu siang ku ingin bertambah dekat dengan kekasihku..
Wahai kedua teman dekatku, tidaklah sekali-kali kamu berdua menyebutkan dia di suatu saat,melainkan semua kesulitan menjadi lenyap kerananya.
Baru ku rasakan cintaku kepada keluarga al-awwam kerana cintaku kepadanya dan ku cintai pula Bani Kalb menjadi saudara-saudara pihak ibunya.
Semua gelang kaki wanita pasti ada gerakan dan bunyinya tetapi aku belum pernah mendengar suara gelang kaki Ramlah mahupun melihat gerakannya.( menandakan bahawa kakinya padat tidak kurus)
Al-Kharaithiy telah menceritakan bahawa Bisyr bin Marwan apabila menugaskan salah seorang tenteranya ke sempadan, ketika Bisyr sedang memeriksa pasukannya dan ternyata dia menjumpai seseorang berada dalam markasnya, maka dia menghukum orang itu dengan berdiri di atas sebuah kerusi , dan kemudian kedua-dua tanganya dipaku ke tembok. Setelah itu kerusinya ditarik dari kedua kakinya. Maka dengan sendirinya orang itu tergantung di tembok dengan darah yang terus mengalir membasahi tubuhnya sehingga meninggal dunia.
Pada suatu hari, Bisyr menugaskan seorang lelaki dari kalangan tenteranya yang  ternyata baru sahaja berkahwin dengan anak gadis saudaranya yang sedang asyik dalam berbulan madu. Ketika lelaki itu berada dalam markas, dia berkirim surat kepada isterinya dan di penghujung suratnya dia menulis kedua bait syair berikut:
Seandainya bukan kerana takut kepada hukuman dan seksaan Bisyr dan tidak pula mahu melihat kedua tapak tangan ini di paku tentulah aku tinggalkan tempat kawalan di perbatasan ini dan langsung dating kepadamu. Sesungguhnya orang yang sedang mabuk cinta itu apabila dilanda kerinduan, pasti kerap kali menemui kekasihnya.
                Setelah surat itu datang kepada isterinya, maka isterinya membalas surat itu dan dituliskan di bawahnya kedia bait syair berikut:
Bukan orang yang sedang jatuh cinta itu takut kepada seksaan, sekalipun seksaannya dimasukkan kedalam nyalaan api.
Bahkan orang yang benar-benar jatuh cinta, tiada stu pun yang menakutkannya atu membuatkannya tenang, bila kekasih yang dicintainya ditinggalkan dalam rumah bersendirian.
                Setelah lelaki itu membaca surat balasan isterinya, ia berkata:
Tiada kebaikan dalam hidup ini bila tanpa dia.
                Lalu dia pulang ke Madinah dan lantas menemui Bisyr bin Marwan pada waktu makan tengah hari.
                Setelah Bisyr selesai makan, lelaki itu dibenarkan masuk menemuinya dan langsung berkata kepadanya:
Dengarkanlah alasanku, selanjutnya terserah kepada engkau keputusannya. Apakah engkau memaafkan atau menghukumku.
                Bisyr berkata:
Celaka kamu! Apakah kamu punya alasan?
                Lelaki itu menceritakan kepadanya kisah cintanya dengan anak gadis saudaranya yang baru ia nikahi sebelum keberangkatannya bertugas di perbatasan.
                Bisyr berkata:
Hai anak muda, kamu memang berhak mendapatkan keringanan.
                Lalu Bisyr mencoretkan namanya dari daftar tugas ketenteraan dan memberinya hadiah sebanyak 10,000 Dirham, lalu ia terus menuju ke rumah anak gadis saudaranya.
Aku tidak dapat tidur kerana merindukan seseorang sedang dia nyenyak dalam tidurnya dan menyeksa kalbuku dengan cinta kepadanya sedang dia sendiri sihat.
Aduhai, bertapa kecewanya diriku sampai tidur siang pun tak dapat kerana ucapan orang yang mencelaku: kamu orang yang menyeksa dirimu sendiri! Sebab mencintaimu.
Bertapa pun aku berupaya menyembunyikan cintaku dan menyimpan kerinduanku sedalam-dalamnya di dalam hatiku.
Aku tetap mencintai orang yang merasa tenang bila menyakitiku, sampai orang yang menyindirku melupakannya dan orang yang mencelaku memaafkannya.
                Penyair lain mengatakan:
Kerana perbuatanku bukan perbuatannya,aku rela menderita kerana ditinggalkan olehnya dalam keadaan dipanggang oleh kerinduanyang ku pendam dalam hatiku.
Allah mengetahui bahawa aku tidak pernah berharap bila dia pun merindukanku sama seperti kerinduanku kepadanya.
Aku khuatir dia menangis sebagaimana aku menangis, maka dia akan membiarkan aku menangis dalam hatiku selala suatu masa, kemudian menangisinya.
                Al-Abbas bin Hisyam al-Kalabi menceritakan bahawa Abdul Malik bin Marwan mengirimkantenteranya ke negeri Yaman, lalu mereka tinggal di sana selama beberapa tahun. Pada suatu malam di Kota Damsyik, Abdul Malik berkata:
Demi Allah, malam  ini aku akan menyelusuri seluruh Kota Damsyik untuk mendengarkan apa yang dikatakan oleh orang-orang tentang pasukan yang aku ambil dari kalangan mereka atas pembiyaanku dank u tugaskan untukk berperang di sana.
Ketika Abdul Malik bin Marwan berada di salah sebuah jalan Kota Damsyik, tiba-tiba ia mendengar suara wanita yang sedang berdiri mengerjakan solat. Lalu ia berhenti untuk mencuri dengar tenteng apa yang diperkatakan oleh wanita itu. Ketika wanita itu pergi ke tempatnya, terlebih dahulu mengucapkan doa berikut :
Ya Allah, tuhan yang menjalankan unta-unta pilihan, yang menurunkan kitab-kitab suci dan yang memberikan semua dambaan yang diinginkan, aku memohon kepada-Mu semoga Engkau mengembalikan suamiku yang telah pergi, melenyapkan kesusahan dan membahagiakan hatiku. Aku memohon kepada-Mu  semoga Engkau memberikan keputusan antara aku dan Abdul Malik bin Marwan yang telah menjadikanku menderita seperti ini
                Selanjutnya, wanita itu melantunkan bait syair berikut:
Malam ini terasa pajang, air mata terus mengalir dan kesedihanbenar-benar telah menyakiti hati ku hingga tidak dapat tidur.
Ku jalani waktu malam dengan memperhatikan bintang-bintangnya sedang hatiku terasa hancur berkeping-keping kerana dipanggang oleh kerinduan.
Bila sebuah bintang lenyap di tempat tengelamnya, ku lihat dengan mataku ada bintang yang lain yang muncul dari tempat terbitnya.
Apabila ku ingat kebahagiaan yang pernah kita alami bersama, ku rasakan hati ini seakan-akan hancur kerana kecewa yang sangat.
Setiap orang akan selalu ingat kepada kekasihnya.
Dia akan selalu berharap berjumpa dengannya setiap harinya dengan penuh semangat dan tak mahu berpisah dengan kekasihnya.
Wahai tuhan yang mempunyai Arasy, berikan kepadaku jalan kemudahan bagi kerinduanku ini.
Hanya kepada Engkau perbuatan semua hamba berdoa dan memperkenankannya.
Aku berdoa kepada-Mu, baik dalam keadaan suka mahupun duka, untuk suatu keperluan yang terasa menghimpit dalam tulang rusukku.
                Abdul Malik bin Marwan berkata kepada pengawal peribadinya:
Kamu tahu ini rumah siapa?
                Ia menjawab:
Ya, ini adalah rumah Yazid bin Sinan.
                Abdul Malik bertanya:
Lalu siapakah wanita yang baru kita dengar suaranya ini?
                Ia menjawab:
Isterinya.
                Keesokan harinya Abdul Malik bertanya:
Berapa lamakah seorang isteri dapat bertahan ditinggalkan oleh suaminya?
                Mereka menjawab:
Enam bulan!
                Jarir bin Hazim telah meriwayatkan dari Ya’la bin Hakim, dari Sa’id bin Jubair yang telah menceritakan bahawa dahulu Khalifah Umar bin al-Khatab apabila waktu petang ia mengambil tunggangannya, kemudian berjalan mengelilingi Kota Madinah. Apabila melihat sesuatu kemungkaran , dia terus menghentikannya.
                Pada suatu malam ketika dia sedang menyusuri Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang wanita di atas loteng sedang melantunkan bait-bait syair berikut:
Malam ini terasa panjang dan semua cakerawalanya telah gelap- gelita.
Tetapi aku tidak dapat idur kerana tiada kekasih yang menemaniku.
Demi Allah, seandainya tiada Allah dan tiada tuhan selain-Nya nescaya akan ku gerakkan tubuhku dari semua sisinya.
Tetapi aku takut kepada Tuhanku.
Rasa malu telah menghalang niatku dan aku pun menghormati suamiku.
Aku tidak mahu bila kehormatannya tercemar.
                Selanjutnya, wanita itu bernafas lega dan mengatakan:
Semoga terhinalah Umar bin Khattab kerana derita yang ku rasakan malam ini.

Sunday, May 22, 2011

Alhamdulillah.. kini bertaut kembali.

kisah ini berlaku pada 16 april 2011, pada ketika itu Baldu mengikut keluarga bercuti di Pengkalan Balak, Melaka. Pertama kali ingin bertentang mata dengan si dia,agak berdebar kerana ini merupakan 'first date' kami dan dengan berkat kesabaran,akhirnya kami bersua. Alhamdulillah.. akhirnya kami bertemu. Rasa hati ini tuhan saja yang tahu. Akhirnya kini hati kami betaut kembali. keesokan harinya kami bertemu kembali dan meluangkan masa yang 'agak lama' serta merakam memori indah bersama. Agak berat rasanya hati untuk melepaskan dia pergi.. rasanya biarlah waktu lambat berlalu ketika kami bersama. Tapi Allah lebih Mengetahui mengapa Dia percepatkan waktu ketika itu. Hari ini ( 22 mei 2011) dah hampir sebulan kami bersama kembali setelah berpisah waktu dulu. Kali ini biarlah hubungan kami berkekalan hingga ke alam perkahwinan dan insyaallah hingga hujung nyawa. Amin....kali ini Baldu berharap dapat membuka lembaran baru bersama dia dan akan menjaga hubungan dengan si dia dan idak lupa hubungan dengan Maha Pencipta. doakan kebahgiaan buat kami..