Sebenarnya cinta itu bukan untuk menjadi objek pujian atau celaan secara mutlak,melainkan dipuji dan dicela berdasarkan latar belakang yang membuat kewujudan. Dikatakan demikian kerana sesungguhnya kehendak itu mengikut pada sasaran yang ditujunya dan begitu juga cinta mengikut pada objek yang dicintainya.
Manakala objek yang dicintai termasuk perkara yang perlu dicintai atau menjadikan yang mengalaminya layak untuk dicintai,maka cinta yang melampau kepadanya tidak akan tercela,bahkan terpuji.
Begitu juga keadaan orang yang mencintai,baik dan tidak dinilai berdasarkan potensi kekuatan cintanya.
Oleh kerana itu, kebaikan yang paling besar bagi seorang hamba ialah bila dia mengarahkan seluruh cintanya kepada Allah semata,sehingga dian mencintai Allah dengan sepenuh jiwa dan seluruh anggota tubuhnya.
Dengan itu,hanya satu kekasihnya dan hanya satu cintanya. Insya-Allah, dalam bab cinta menuntut sikap monogamy dan tiada lebih untuknya disebutkan bahawa cinta tidak akan dibenarkan kecuali dengan cara ini.
Satu kekasih ertinya tidak menjadikannya berbilang dan satu cinta, ertinya tidak memberikan walau secebispun cintanya kepada yang lain. Cinta seperti ini turut disebut sebagai mabuk cinta,mengandungi penuh kebaikan pada mereka yang medambakanna dan juga kenikmatan serta kebahagiaan dihatinya.
Jiwa mereka yang mengalaminya tidak beroleh kebaikan dan tidak pula kenikmatan, kecuali dia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai olehnya daripada selain keduanya dan hendaklah cintanya kepada selain Allah ganya mengikut pada cintanya kepada Allah. Oleh itu, dia tidak mencintai sesuatu kecuali hanya kerana Allah, sebagaiman yang disebutkan dalam sebuah hadis sahih yang mengatakan :
Ada tiga macam alasan yang dapat menghantar seseorang merasai manisnya iman; mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari selain keduanya, mencintai orang lain hanya kerana Allah ,enggan kembali kapada kekafiran sesudah diselamatkan oleh Allah darinya sebagaimana dia enggan dicampakkan ke dalam kemarakan api….. ( Bukhari,Muslim,Nasa,I, Ibn Majah dan Ahmad)
Melalui hadis ini Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa seorang hamba tidak akan dapat merasai manisnya iman keciali bila dia telah mencintai Allah lebih daripada selain-Nya dan cintanya kepada Rasul-Nya merupakan sebahagian dari cintanya kepada Allah.
Adapun cintanya kepada seseorang jika berlatar belakangkan kerana Allah, maka merupakan sebahagian daripada cintanya kepada Allah. Sebaliknya, jika bukan kerana Allah, maka akan mengurangi cintanya kepada Allah dan melemahkannya. Cinta ini dapat dibuktikan kebenarannya jika kebencian yang mengalaminya terhadap sesuatu perkara yang paling dibencinya iaitu kekafiran, sama halnya dengan kebencian dirinya bila dicampakkan ke dalam marakan api, bahkan lebih dibenci lagi daripada itu.
Tidak diragukan lagi bahawa hal ini termasuk cinta yang paling besar kerana sesungguhnya seseorang itu selalunya tidak mengutamakan sesuatu pun atas cinta kepada diri sendiri dan kehidupannya. Akan tetapi jika dia lebih mengutamakan cinta keimanannya kepada Allah pada dirinya,sehingga andai kat dia disuruh memilih antara kekafiran dan dimasukkan ke dalam api nescaya dia lebih memilih dimasukkan kedalan nyalaan api dan tidak mahu kafir. Ini merupakan bukti yang menunjukkan bahawa Allah lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri.
Cinta ini berada di atas mereka yang merasai jatuh cinta dan mabuk rindu dengan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Bahkan cinta ini tiada beza dan bandingnya kerana cinta ini menuntut orang yang mengalaminya untuk lebih mengutamakan kekasihnya daripada jiwa ,harta dan anaknya sendiri. Cinta jenis ini menuntut orang yang mengalaminya untuk bersikap rendah diri,tunduk , mengagung , memuliakan , mentaati dan patuh secara lahir dan batin kepada kekasih. Keadaan seperti ini tiada tandingnya dalam cinta kepada sesama makhluk dan kepada sesiapa pun.
Oleh itu, barang siapa yang mempersekutukan dalam cinta yang khusus ini antara Allah dan yang lainnya, maka dia adalah seorang yang musyrik dan dosanya tidak akan diampuni oleh allah sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya:
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. ( al-Baqarah [2],ayat 165)
Akan tetapi , makna yang sebenar dari ayat ini ialah bahawa orang-orang yang beriman lebih besar cintanya kapada Allah daripada cinta orang-orang musyrik kepada sembahyang mereka yang mempersekutukan Allah. Sebagaiman yang telah dijelaskan bahawa cinta orang-orang mukmin kepada tuhan mereka sama sekali tidak dapat disamakan dengan cinta sesama makhluk , sebagaimana kekasih mereka tidak dapat disamakan dengan-Nya.
Oleh yang demikian,dapat dikatakan bahawa setiap penderitaan yang dialami oleh seseorang kerana mencintai selain allah adalah merupakan suatu nikmat bagi orang yang mencintai Allah dan setiap kedudukan yang dialami oleh seseorang kerana mencintai selain Allah adalah merupakan kebahagiaan bagi orang yang mencintai Allah.
Barang siapa yang menyamakan cintanya kepada Allah dengan cinta makhluk kepada mahkluk yang lain seperti menjalinkan hubungan ,berenggang dan memutuskan hubungan cinta tanpa ada penyebab serta gambaran yang lain, maka Maha Tinggi Allah dalam hal tersebut dengan ketinggian yang sebesar-besarnya kerana dia adalah orang yang sangat keliru dan salah tafsiran serta berhak untuk dijauhkan dari rahmat -Nya dan beroleh murka-Nya.
Sebenarnya bencana yang dialami oleh orang yang mengalaminya hanya kerana perbuatannya sendiri kerana dia kurang beretika dengan kekasihnya, padahal Allah telah melarang hamba-hamba-Nya membuat perumpanaan terhadap-Nya, kerana Allah tidak dapat disamakan dengan makhluk-Nya. Dan tidaklah sekali-kali muncul bidaah, melainkan kerana mereka membuat perumpamaan –perumpamaan bagi Allah. Para ahli ilmi kalam (teologi) yang menyimpang dan ahli bidaah banyak membuat contoh-contoh yang batil dalam memberitakan perihal sifat-sifat-Nya. Begitu juga denga orang-orang yanga mempunyai kehendak dan perintah-Nya. Kedua golongan ini kedua-duanya ahli bidaah dan keliru.
Cinta itu bila berkaitan dengan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya,maka terpujilah pelakunya dan beroleh pahala dari cintanya. Cinta seperti ini banyak jenisnya, antara lain seperti membaca al-Quran dan senag mendengarkan orang lain yang membacanya dan hatinya tenggelam dalam menyelami makna yang dimaksudkan oleh kalam-Nya. Cinta kepada kalam –Nya bergantung pada cintanya seseorang kepada Allah.
Oleh kerana itu,barangsiapa yang mencintai kekasihnya,pasti mencintai bicaranya dan suka membicarakan tentangnya, sebagaimana yang dikatakan oleh seseorang penyair:
Jika kau mengaku mencintai-Ku, kenapa kau jauhi kitab-ku. Belumkah kau resapi kenikmatan yang terkandung dalam kalam-Ku??
Begitu juga menyebut nama Allah termasuk petanda cinta kepada-Nya, kerana seseungguhnya orang yang jatuh cinta tidak pernah lupa menyebut nama kekasihnya, bahlan tidak pernah melupakannya sehingga memerlukan orang yang mengingatkannya.
Demikian pula dia suka mendengar sifat-sifat-Nya, semua perbuatan-Nya dan hokum-hukum-Nya. Cinta seperti ini, semuanya merupakan cinta yang paling bermanfaat dan akan menghantarkan pelakunya untuk dapat meraih puncak kebahagiaan.
Demikian pula halnya dengan cinta ilmu yang bermanfaat dan cinta sifat-sifat kesempurnaan seperti pemurah dermawan dan suka memelihara kehormatan,keberanian dan kesabaran serta pekerti-pekerti yang mulia, kerana sesungguhnya seandainya sifat-sifat ini digambarkan dalam bentuk yang mempunyai rupa,tentulah akan menjadi rupa yang paling cemerlang.
Seandainya ilmu digambarkan dalam bentuk yang mempunyai rupa, tentulah bentuknya akan lebih indah daripada matahari dan rembulan. Akan tetapi, yang berhak menyandang sifat-sifat ini hanyalah orang-orang yang berjiwa mulia lagi suci, sebagaimana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya , kalam dan agama-Nya. Hanya layak dimiliki oleh orang-orang yang rohaninya tinggi lagi suci, bukan rohani yang menjunam rendah. Apabila anda ingin mengetahui berat dan kedudukan seorang hamba, maka perhatikanlah siapa yang yang menjadi kekasih dan tujuannya. Perlu diketahui juga bahawa cinta yang terpuji itu tidak pernah terancam oleh sesuatu pun dari bencana-bencana yang telah disebutkan.
Selanjutnya, kita akan membahas bahagian lain dalam cinta, iaitu cinta yang terpuji yang mengandungi kesudahan yang pasti akan berpisah daripada kekasih seperti cinta seseorang kepada isteri atau gadis yang cantik. Dia pasti akan berpisah darinya oleh sebab kematian atau faktor yang lain sehingga kekasih pergi, sedang cinta masih bersemi dalam hatinya seperti biasa. Hal ini merupakan musibah.
Jika orang yang mengalaminya tabah dan sabar serta berharap akan pahala Allah dengan kesabarannya, nescaya dia akan memperoleh pahala orang-orang yang sabar. Sebaliknya jika dia marah serta menerima dengan hati yang tidak sabar, maka sikap emosi dan ketidak sabarannya tidak akan dapat mengembalikan kekasihnya dan pahala nya juga turut hilang. Akan tetapi, jiak dia menghadapi misibah ini dengan hati yang reda dan berserah diri, maka darjat yang diraihnya lebih tinggi daripada darjat kesabaran dan lebih tinggi lagi apabila dia menghadapinya dengan sikap bersyukur sebab dia memandang bahaea pilihan yang terbaik baginya adalah apa yang dipilihkan oleh Allah, kerana sesungguhnya tidaklah sekali-kali Allah memutuskan sesuatu bagi orang mukmin. Melainkan hal itu lebih baik baginya. Jika dia tidak mengetahui kebaikannya, maka sebaiknya dia percaya kepada berita dari Nabi Muhammad SAW yang dikukuhkan dengan sumpahnya melalui sabda berikut:
Demi tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaan-Nya, tidaklah sekali-kali Allah mengutuskan suatu ketetapan bagi seorang mukmin, melainkan hal itu lebih baik baginya. Jika beroleh kesenangan dia bersyukur dan bersyukur itu adalah lebih baik baginya dan ika ditimpa kesusahan, dia bersabar dan bersabar itu adalah lebih baik baginya. Hal tersebut tidak dapat dilakukan, kecuali hanya oleh orang yang benar-benar beriman ( hadis Muslim dan Ahmad)
Iman seorang hamba memerintahkan kepadanya untuk meyakini bahawa ketetapan tersebut adalah baik baginya. Dengan demikian, akan tergeraklah hatinya untuk mensyukuri qadak dan qadar dari Allah apapun bentuknya. Hanya Allah dimohonkan taufik.
( sumber : sebuah buku yang Baldu dah baca)
No comments:
Post a Comment