rakan yang menyokong!!

Saturday, August 18, 2012

HujaN pelaNGi..

Dia turunkan hujan sebab Dia nak bagi pelangi indah untuk kita.. :)



                                                     kalau hujan seronok tido kan?

Itu lah perkataan yang selalu sahabat aku katakan ketika aku bersedih dan kecewa. Dia berpesan dekat aku setiap orang akan diuji dengan pelbagai perkara macam masalah keluarga, bercinta,tempat kerja tapi yang paling berat masalah peribadi. ( bagi aku lah...xtau bagi korang pe citer kan?) Banyak lagi sebenarnya masalah yang orang akan tempuh. Bencana alam tu pon dikira sebagai ujian jugak kan?

urm,,erm,,, memikirkan sesuatu sejenak...ye!! jap mak aku panggil...

*********************************************************************************

haaa... sambung balik, ape ek? oo yee.. ok2!!

  berbalik ke tajuk kita tadi,(cewah, da macam ahli psikologi lah pulak) masalah nih lau kita tak cari, ia akan ada kat mana je kita berada. betul tak?? ( ade yang mengangguk tu...) walaupun masalah itu kecik, masalah tetap masalah.. ( masalah aku xtau nak cakap ape lagi nih... ) :-p
Macam nih lah, jadikan cerita aku sebagai contoh dan iktibar buat korang, mane yang nak bagi pendapat tu xkesah lah, tu pendapat korang..

Sebelum nih memang hidup aku dikategorikan sebagai selesa lah jugak, susah tak susah, senang pon xde lah senang sangat (yang sedang2 saja). Aku dulu keje kat stesen minyak Petronas KLIA 2, hari pertama kerja memang masalah lah sebab xtau nak wat pe kan?? standard lah.. ok aku belajar sikit demi sikit dan akhirnya aku dinaikkan pangkat sebagai kerani. (Alhamdulillah..rezeki) tapi ekoran masalah keluarga yang membuatkan aku dilema, aku terpaksa menurut kata orang tua aku untuk mencari kerja yang boleh memberikan pendapatan yang lumayan. Aku turutkan kata hati sbb aku xnak kecewakan harapan mereka. Aku memang xminat dengan kerja tu..tapi aku cuba buat minggu yang pertama, ok lah sebab ade kawan baru and saling kenal antara satu sama lain. Minggu kedua pulak macam minggu yang pertama.. Minggu ketiga pulak kami telah pon ditukar ke KLIA umtuk memulakan tugas kami yang pertama. Aku betul-betul kaget( terkejut dalam bahasa jawa) sebab apa yang aku nampak memang totally different dengan apa yang aku bayangkan. Suasana kerja yang begitu pelik dengan staff yang sentiasa tertekan dengan kerja..
alamat... masalah baru muncul, aku baru teringat yang kalau aku berhenti aku perlu membayar RM 10,000
kepada syarikat atas kerugian..( GILA kan??)

bermulanya episod duka aku..
menangis..nangis..ciwek..sedih..xlalu makan, n sentiasa membayangkan apa yang akan jadi selepas ini.
kalau di ikutkan mmg aku menangis setiap malam ekoran kerja ini? Setiap kali bila memikirkan kerja ini mmg aku sentiasa menangis dan berdoa.( doa je yang mampu sebab itu lah senjata umat islam yang paling bahaya)
Sampai satu tahap aku xmampu lagi nak pendam, aku ceritakan semuanya kat mama..(biasa lah..mengadu lah konon) 
sehari kemudian mama bawa aku pergi berubat...selesai je berubat, semangat aku nak teruskan pekerjaan tu hilang. aku terus menangis,sampai satu tahap aku xmampu nak berdiri sebab terlalu lemah.
kasih ibu membawa ke syurga.. mama lah yang mandikan aku, nsihat aku.. tapi aku tetap tiada semangat. yang ada pon cuma nak marah n memaki hamun je.. ( teruk betol!! nak terasa?? bagus lah)
ape yang aku nak ketika itu cuma dorongan dan semangat...Alhamdulillah masih ade lagi teman yang menyokong dari belakang. thank you!!

                                                                              


seminggu kemudian...

Syukur kehadrat Allah, semangat aku mulai pulih sedikit demi sedikit.(maklumlah seminggu lagi nak raya),
Kalau ada rezeki tu xkan kemana..(eh, betol ke??) ape2 je lah...
rakan kerja aku dulu cakap ade kosong kat tempat kerja lama..
mungkin aku akan pergi ke sana InsyaAllah..lepas raya lah..

Bagi aku kerja yang menjanjikan imbuhan yang lumayan tapi kerja tertekan xguna jugak sebab ape yang aku cari adalah keseronokkan bekerja yang menjanjikan upah yang setimpal dengan kerja yang kita buat tanpa rasa tertekan... ( bile bace balik sempot aku sebut ayat nih) 

**** hujan yang aku alami nih hujan yang boleh bawak banjir.. tapi pelangi masih lagi belum nampak sebab matahari xmuncul lagi****






sekian.... :-D



  

Thursday, August 16, 2012

HaRi KemEnaNGan!!!

Assalamualaikum....

haa... ahad nih dah nak raya, alhamdulillah.. syukur kpadaNya kita dapat berjumpa lagi syawal ini. tapi sedih sbb ramadhan nak meninggalkan kita.. Harap dapat lagi berpuasa tahun depan(walaupun xcukup)..
Tahun ni aku xraya sebab aku lebihkan family je, xpa lah, baju tahun lepas pon xabis pakai..


( baju raya...)



bab persiapan kuih raya pulak, ala kadar je.. xtau lah buat ke tak. tapi kalau buat pon aku yang jadi tukang rasa.
macam tahun sebelum nih, kerepek mesti ada, kuih, rendang, ketupat( xpon nasi impit) lemang tu ikut pada keluarga besar lah, kadang buat tak pasti lah tahun nih buat atau x.

kalau macam keluarga yang lain mungkin ade ketupat palas,dodol,wajik,,macam2 lah.. lontong.. pergh, lerliur aku time pose nih,..
             
  bagi sape yang xkenal wajik, nih la dia..                                       kacau dodol



xlupe bagi yang yang kurang bernasib baik, bukan kita xboleh beraya, tapi ye lah.. ala kadar pon boleh..
insaAllah, Tuhan sentiasa akan mengirimkan hambanya untuk membantu. bagi yang dah xde lagi kat dunia nih, sama2 kita doakan rohnya aman n gembira disisinya...Amin~

syawal merupakan hari kemenangan kita setelah sebulan bertarung dengan nafsu. bulan yang mulia untuk saling bermaafan, waktu untuk kita saling kunjung mengunjungi jiran dan sanak saudara. ambil lah kesempatan yang ada ini untuk merayakan dengan keluarga yang tercinta..



SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.....!! 








Wednesday, August 8, 2012

WAKTU KECUNDANG..

Orang cakap doa orang yang teraniaya ni akan dimakbulkan kan? Entah lah, nih sume ketentuan Allah..

dulu keluarga aku xde plak susah sebegini.. 

Ayah,,
dia merupakan orang yang mmberi aku semangat nak nak teruskan hidup sbab nak tolong keluarga. kerjaya dia sebelum nih merupakn kerja yang kira aku bangga jugak lah... "pemandu teksi mewah-Limosine KLIA.."
pendapatan agak lumayan juga dulu sbb kami sekeluarga boleh lagi mengecapi nikmat hidup yang selesa..
tapi hari berganti hari, tahun bertukar-tukar. Syarikat pulak khabarnya nak muflis dan ramai pekerja mengadu ketika aku masih lagi bekerja di stesen Petronas KLIA2. mereka tiada pusingan modal yang cukup bagi memulakan perjalanan mencari rezeki.. sehingga ada yang sanggup jual kereta untuk membayar hutang yang tertunggak..ketika aku mendapat tahu tentang perkara ini, aku terus berdoa agar perkara sebegini tidak   akan berlaku kat ayah. tapi nasib tak menebelahi kami, akirnya ayah mengambil keputusan yang sama untuk menjual LIMO @(^# kepada orang lain bagi tujuan yang sama iaitu bayar hutang.. dari hutang rumah sewa hingga hutang yang ada kat kawan2 dia. Dari situ semangat aku nak teruskan hidup mulai gugur satu persatu... ayah hanya mampu terdiam dan xmampu nak buat apa-apa, melainkan duduk di rumah dan seperti ingin menghabiskan "sisa hidup" dia.. aku xmampu nak buat apa2 lagi, hanya mampu menangis setiap malam mengenang nasib kami sekeluarga....

Abang,
aku tau dia dah banyak berkorban utk keluarga, tapi adakah aku masih lagi xmenghargai pengorbanan dia?
bekerja sebagai CSA KL Airport service, mmg gaji agak lumayan tapi itu minat dia. Boleh lah dibandingkan aku yang dulunya bekerja sebagai kerani Petronas. Baru-baru nih aku dapat tau dia habiskan bayar hutang motor dan sewa rumah yang dah lama tertunggak. bukan aku xnak tolong, tapi ape gunanya setiap bulan aku bagi duit kat mak bapak aku... itu bukan tolong ke namenyer? urm.. entah lah.. malam tadi boleh pulak dia cakap aku nih pentingkan diri sendiri, berlagak, sombong, mengada2, sume bende yang negatif letak kat aku.. aku nih mmg suka menyusahkan mak bapak aku...!! kau mmg terlalu dibanggakan oleh mama, semua yang kau buat dapat perhatian dari mama, anak yang baik di mata mama. sedangkan aku yang kau hina yang kau cakap aku nih lah anak yang banyak menyusahkan mak bapak. kepala kau!! aku pon cube jugak nak jadi macam kau,, aku pon ade jugak tolong dorang. bukan niat aku nak susahkan dorang.. aku pon xmintak dorang susahkan aku..

Aku..
dah dua bulan bekerja sebagai CSA KL Airport service di KLIA. Dalam waktu yang sama aku pon bergelumang dengan dilema kat tempat kerja n maslah peribadi. Tuhan je yang tahu bertapa perit perjalanan hidup aku. Orang ada cakap,sebanyak mana kita menitiskan air mata itu lah yang akan jadi permata hidup kebahagiaan suatu hari kelak. Satu saat aku percaya itu, tapi suatu saat jugak aku jatuh kerana hati yang dah lemah n keletihan. Aku tak tau lagi nak buat apa, sampai suatu tahap orang tua aku bawak aku pergi berubat dengan orang di Tanjung Sepat,Selangor.katanya badan aku dah disihir,aku kenal siapa aku,masih lagi boleh kenal Allah,Muhammad SAW..cuma aku perlukan sokongan moral bukan ubat. entah kenapa saat aku berubat aku semakin benci dengan diri sendiri n menjadi lemah semangat untuk meneruskan hidup, setiap malam aku menangis tapi selepas berubat hampir seharian aku menangis sampai lemah badan. sampai sekarang di KLIA aku masih lagi lemah sebab aku tak mampu nak teruskan benda yang betul2 aku xsuka, tapi apakan daya.. aku hanya mampu berserah n  berlinangan air mata serta lemas dalam lautan air mata hati. Adakah aku sombong? adakah aku bongkak? adakah aku terlalu meninggi diri? Ya Rabb, sudah lama aku buangkan perasaan sebegitu sebelum aku masuk ke KLIA nih.. orang x tahu aku mmg dah rendahkan ego, tapi..... entah lah. Aku jenis orang yang suka pendam masalah sendiri dan bukan semua orang tahu msalah yang aku hadapi. mereka hanya mampu menghukum dan mengata sedangkan aku xtau apa salah aku. sekarang aku memang betul2 diambang kecundang.. xde sape yang menyahut tangan aku.. biarkan terapung sendiri kat tengah lautan, begitulah diibaratkan. Betul lah orang cakap, kawan ketawa mmg senang di cari, tapi kawan berduka dibiarkan sendiri. Agak nyer mmg nasib aku agaknyer. anak yang kedua nih mmg suka menyusahkan mak bapak.
aku pon xmintak dilahirkan dan aku pon xnak dilahirkan sebegini. bukan  aku nak slahkan sape2, tapi itu lah ape yang aku rasa.
kau sanggup tengok aku derita, kau sanggup biarkan aku macm ni je kan? bukan aku xcuba, tapi aku dah penat dengan benda nih.. kalau aku cakap aku xsuka, aku mmg xsuka.. kalau perlu aku keluar dari umah, aku akan keluar...biarkan aku cari kebahagiaan aku sendiri...jangan ditanya kenapa. xde sape yang lebih mengenali n memahami aku selain Allah. patut ke aku merasakan yang setiap air mata yang aku titiskan itu sia2? Patutkah aku merasakan yang  aku nih insan yang malang? apakah aku ini xlayak kecap kebahagiaan walaupun sekejap? aku malu dengan diri sendiri...apatah lagi dengan maha pencipta.  Sering doakan yang terbaik buat orang yang ada kat sekeliling aku, tapi aku xpernah minta untuk aku sendiri... inilah apa yang aku rasakan. apa yang aku perlukan kat sini cuma sokongan n dorongan semangat dari orang sekeliling, bukan kutukan n cacian yang xberasas. tahu menghukum tanpa selidik perkara yang sebenar. aku masih lagi boleh tersenyum walaupun hati aku menangis teriak xde sapa yang dengar.....  




aku jatuh sendiri tanpa siapa yang lihat...