Itu lah perkataan yang selalu sahabat aku katakan ketika aku bersedih dan kecewa. Dia berpesan dekat aku setiap orang akan diuji dengan pelbagai perkara macam masalah keluarga, bercinta,tempat kerja tapi yang paling berat masalah peribadi. ( bagi aku lah...xtau bagi korang pe citer kan?) Banyak lagi sebenarnya masalah yang orang akan tempuh. Bencana alam tu pon dikira sebagai ujian jugak kan?
urm,,erm,,, memikirkan sesuatu sejenak...ye!! jap mak aku panggil...
*********************************************************************************
haaa... sambung balik, ape ek? oo yee.. ok2!!
berbalik ke tajuk kita tadi,(cewah, da macam ahli psikologi lah pulak) masalah nih lau kita tak cari, ia akan ada kat mana je kita berada. betul tak?? ( ade yang mengangguk tu...) walaupun masalah itu kecik, masalah tetap masalah.. ( masalah aku xtau nak cakap ape lagi nih... ) :-p
Macam nih lah, jadikan cerita aku sebagai contoh dan iktibar buat korang, mane yang nak bagi pendapat tu xkesah lah, tu pendapat korang..
Sebelum nih memang hidup aku dikategorikan sebagai selesa lah jugak, susah tak susah, senang pon xde lah senang sangat (yang sedang2 saja). Aku dulu keje kat stesen minyak Petronas KLIA 2, hari pertama kerja memang masalah lah sebab xtau nak wat pe kan?? standard lah.. ok aku belajar sikit demi sikit dan akhirnya aku dinaikkan pangkat sebagai kerani. (Alhamdulillah..rezeki) tapi ekoran masalah keluarga yang membuatkan aku dilema, aku terpaksa menurut kata orang tua aku untuk mencari kerja yang boleh memberikan pendapatan yang lumayan. Aku turutkan kata hati sbb aku xnak kecewakan harapan mereka. Aku memang xminat dengan kerja tu..tapi aku cuba buat minggu yang pertama, ok lah sebab ade kawan baru and saling kenal antara satu sama lain. Minggu kedua pulak macam minggu yang pertama.. Minggu ketiga pulak kami telah pon ditukar ke KLIA umtuk memulakan tugas kami yang pertama. Aku betul-betul kaget( terkejut dalam bahasa jawa) sebab apa yang aku nampak memang totally different dengan apa yang aku bayangkan. Suasana kerja yang begitu pelik dengan staff yang sentiasa tertekan dengan kerja..
alamat... masalah baru muncul, aku baru teringat yang kalau aku berhenti aku perlu membayar RM 10,000
kepada syarikat atas kerugian..( GILA kan??)
bermulanya episod duka aku..
menangis..nangis..ciwek..sedih..xlalu makan, n sentiasa membayangkan apa yang akan jadi selepas ini.
kalau di ikutkan mmg aku menangis setiap malam ekoran kerja ini? Setiap kali bila memikirkan kerja ini mmg aku sentiasa menangis dan berdoa.( doa je yang mampu sebab itu lah senjata umat islam yang paling bahaya)
Sampai satu tahap aku xmampu lagi nak pendam, aku ceritakan semuanya kat mama..(biasa lah..mengadu lah konon)
sehari kemudian mama bawa aku pergi berubat...selesai je berubat, semangat aku nak teruskan pekerjaan tu hilang. aku terus menangis,sampai satu tahap aku xmampu nak berdiri sebab terlalu lemah.
kasih ibu membawa ke syurga.. mama lah yang mandikan aku, nsihat aku.. tapi aku tetap tiada semangat. yang ada pon cuma nak marah n memaki hamun je.. ( teruk betol!! nak terasa?? bagus lah)
ape yang aku nak ketika itu cuma dorongan dan semangat...Alhamdulillah masih ade lagi teman yang menyokong dari belakang. thank you!!
seminggu kemudian...
Syukur kehadrat Allah, semangat aku mulai pulih sedikit demi sedikit.(maklumlah seminggu lagi nak raya),
Kalau ada rezeki tu xkan kemana..(eh, betol ke??) ape2 je lah...
rakan kerja aku dulu cakap ade kosong kat tempat kerja lama..
mungkin aku akan pergi ke sana InsyaAllah..lepas raya lah..
Bagi aku kerja yang menjanjikan imbuhan yang lumayan tapi kerja tertekan xguna jugak sebab ape yang aku cari adalah keseronokkan bekerja yang menjanjikan upah yang setimpal dengan kerja yang kita buat tanpa rasa tertekan... ( bile bace balik sempot aku sebut ayat nih)
**** hujan yang aku alami nih hujan yang boleh bawak banjir.. tapi pelangi masih lagi belum nampak sebab matahari xmuncul lagi****
sekian.... :-D
No comments:
Post a Comment