Orang cakap doa orang yang teraniaya ni akan dimakbulkan kan? Entah lah, nih sume ketentuan Allah..
dulu keluarga aku xde plak susah sebegini..
Ayah,,
dia merupakan orang yang mmberi aku semangat nak nak teruskan hidup sbab nak tolong keluarga. kerjaya dia sebelum nih merupakn kerja yang kira aku bangga jugak lah... "pemandu teksi mewah-Limosine KLIA.."
pendapatan agak lumayan juga dulu sbb kami sekeluarga boleh lagi mengecapi nikmat hidup yang selesa..
tapi hari berganti hari, tahun bertukar-tukar. Syarikat pulak khabarnya nak muflis dan ramai pekerja mengadu ketika aku masih lagi bekerja di stesen Petronas KLIA2. mereka tiada pusingan modal yang cukup bagi memulakan perjalanan mencari rezeki.. sehingga ada yang sanggup jual kereta untuk membayar hutang yang tertunggak..ketika aku mendapat tahu tentang perkara ini, aku terus berdoa agar perkara sebegini tidak akan berlaku kat ayah. tapi nasib tak menebelahi kami, akirnya ayah mengambil keputusan yang sama untuk menjual LIMO @(^# kepada orang lain bagi tujuan yang sama iaitu bayar hutang.. dari hutang rumah sewa hingga hutang yang ada kat kawan2 dia. Dari situ semangat aku nak teruskan hidup mulai gugur satu persatu... ayah hanya mampu terdiam dan xmampu nak buat apa-apa, melainkan duduk di rumah dan seperti ingin menghabiskan "sisa hidup" dia.. aku xmampu nak buat apa2 lagi, hanya mampu menangis setiap malam mengenang nasib kami sekeluarga....
Abang,
aku tau dia dah banyak berkorban utk keluarga, tapi adakah aku masih lagi xmenghargai pengorbanan dia?
bekerja sebagai CSA KL Airport service, mmg gaji agak lumayan tapi itu minat dia. Boleh lah dibandingkan aku yang dulunya bekerja sebagai kerani Petronas. Baru-baru nih aku dapat tau dia habiskan bayar hutang motor dan sewa rumah yang dah lama tertunggak. bukan aku xnak tolong, tapi ape gunanya setiap bulan aku bagi duit kat mak bapak aku... itu bukan tolong ke namenyer? urm.. entah lah.. malam tadi boleh pulak dia cakap aku nih pentingkan diri sendiri, berlagak, sombong, mengada2, sume bende yang negatif letak kat aku.. aku nih mmg suka menyusahkan mak bapak aku...!! kau mmg terlalu dibanggakan oleh mama, semua yang kau buat dapat perhatian dari mama, anak yang baik di mata mama. sedangkan aku yang kau hina yang kau cakap aku nih lah anak yang banyak menyusahkan mak bapak. kepala kau!! aku pon cube jugak nak jadi macam kau,, aku pon ade jugak tolong dorang. bukan niat aku nak susahkan dorang.. aku pon xmintak dorang susahkan aku..
Aku..
dah dua bulan bekerja sebagai CSA KL Airport service di KLIA. Dalam waktu yang sama aku pon bergelumang dengan dilema kat tempat kerja n maslah peribadi. Tuhan je yang tahu bertapa perit perjalanan hidup aku. Orang ada cakap,sebanyak mana kita menitiskan air mata itu lah yang akan jadi permata hidup kebahagiaan suatu hari kelak. Satu saat aku percaya itu, tapi suatu saat jugak aku jatuh kerana hati yang dah lemah n keletihan. Aku tak tau lagi nak buat apa, sampai suatu tahap orang tua aku bawak aku pergi berubat dengan orang di Tanjung Sepat,Selangor.katanya badan aku dah disihir,aku kenal siapa aku,masih lagi boleh kenal Allah,Muhammad SAW..cuma aku perlukan sokongan moral bukan ubat. entah kenapa saat aku berubat aku semakin benci dengan diri sendiri n menjadi lemah semangat untuk meneruskan hidup, setiap malam aku menangis tapi selepas berubat hampir seharian aku menangis sampai lemah badan. sampai sekarang di KLIA aku masih lagi lemah sebab aku tak mampu nak teruskan benda yang betul2 aku xsuka, tapi apakan daya.. aku hanya mampu berserah n berlinangan air mata serta lemas dalam lautan air mata hati. Adakah aku sombong? adakah aku bongkak? adakah aku terlalu meninggi diri? Ya Rabb, sudah lama aku buangkan perasaan sebegitu sebelum aku masuk ke KLIA nih.. orang x tahu aku mmg dah rendahkan ego, tapi..... entah lah. Aku jenis orang yang suka pendam masalah sendiri dan bukan semua orang tahu msalah yang aku hadapi. mereka hanya mampu menghukum dan mengata sedangkan aku xtau apa salah aku. sekarang aku memang betul2 diambang kecundang.. xde sape yang menyahut tangan aku.. biarkan terapung sendiri kat tengah lautan, begitulah diibaratkan. Betul lah orang cakap, kawan ketawa mmg senang di cari, tapi kawan berduka dibiarkan sendiri. Agak nyer mmg nasib aku agaknyer. anak yang kedua nih mmg suka menyusahkan mak bapak.
aku pon xmintak dilahirkan dan aku pon xnak dilahirkan sebegini. bukan aku nak slahkan sape2, tapi itu lah ape yang aku rasa.
kau sanggup tengok aku derita, kau sanggup biarkan aku macm ni je kan? bukan aku xcuba, tapi aku dah penat dengan benda nih.. kalau aku cakap aku xsuka, aku mmg xsuka.. kalau perlu aku keluar dari umah, aku akan keluar...biarkan aku cari kebahagiaan aku sendiri...jangan ditanya kenapa. xde sape yang lebih mengenali n memahami aku selain Allah. patut ke aku merasakan yang setiap air mata yang aku titiskan itu sia2? Patutkah aku merasakan yang aku nih insan yang malang? apakah aku ini xlayak kecap kebahagiaan walaupun sekejap? aku malu dengan diri sendiri...apatah lagi dengan maha pencipta. Sering doakan yang terbaik buat orang yang ada kat sekeliling aku, tapi aku xpernah minta untuk aku sendiri... inilah apa yang aku rasakan. apa yang aku perlukan kat sini cuma sokongan n dorongan semangat dari orang sekeliling, bukan kutukan n cacian yang xberasas. tahu menghukum tanpa selidik perkara yang sebenar. aku masih lagi boleh tersenyum walaupun hati aku menangis teriak xde sapa yang dengar.....
aku jatuh sendiri tanpa siapa yang lihat...
sabarla zati..hidup mesti diteruskan..rezeki ade kat mana2, cume kena usaha..be strong k :D
ReplyDelete