rakan yang menyokong!!

Thursday, June 20, 2013

Kentut?!! Eeewwuhh...! pengotornya!!

Assalamualaikum… salam sejahtera..
Buang angin atau kentut tu adalah lumrah semulajadi manusia sejak azali lagi. Tipu lah kalau korang sume xpernah kentut sedangkan baby pon kentut tau..(yeke??..hehe). time sekolah dulu cikgu ada cakap kat kami “eleh.. nak buang angin tu buang je lah.. artis yang famous tu pon kentut jugak kalau lalu kat red carpet…” (xboleh blah ayat…). Nak tau kenape zati tibe2 je nak update pasal nih? Sbb nyer zati dok umah xde bende nak wat.. dok lepakz2 kat depan terkentut pulakz!! Hahaha..(at least saye mengaku..!! huu.. blushing saye..:p). xkan nak simpan pulak?? Gile ke apa?? Sakit perut xpasal kne gastric..
Ok.. xnak citer banyak..so zati nak kongsikan ap yang zati tau pasal kentut… (tu lah guna internet.. xde asyik bukak FB jerk.. )
                                                                                              


Macam mane kentut nih terhasil ea??

Haa… nak tau camner?? Seseorang menghasilkan kentut untuk mengeluarkan gas berlebihan yang memudaratkan fisiologi tubuh manusia. Kalau di ikutkan, lelaki lagi banyak keluarkan gas iaitu sebanyak 1.5-2.5 liter berbanding saye yang perempuan nih sebanyak 1-1,5 liter gas je.. (hahah… bangge) bergantung pada kuantiti makanan yang di ambil dalam sehari!!…(alaaaa…xleh da nak bangge..)
Betul x kalau kentut tu merpupakan kayu ukur kesihatan seseorang?? Namun harus diingat,individu yang kerap kali mengeluarkan kentut dalam sehari ditambah pula dengan rasa sakit dan kentut yang dihasilkan berbau ,maka dinasihatkan untuk berjumpa pakar.

Tidak semua kentut dilepaskan dari tubuh melalui anus/dubur. Bagaimana ya? Ketika tekanan separa dari komponen gas lumen usus lebih tinggi daripada tekanan separa dalam salur darah, komponen gas dari usus masuk ke dalam aliran darah .Proses ini dinamakan proses serapan.Gas daripada salur usus akan melewati paru-paru dan akan dihembus keluar.
Jadi,proses kentut boleh berlaku bila korang tengah  tidur lena diulit mimpi..(waah dah macam lagu Wings) atau melakukan aktiviti seharian tanpa korang menyedari bahawasanya korang dah keluarkan kentut! (haha.. jahat x entry nih)

Apakah kandungan gas yang terdapat pada kentut?
Komposisi gas  flatus @ kentut :

- Nitrogen: 20–90%
- Hydrogen: 0–50%
- Carbon dioxide: 10–30%
- Oxygen: 0–10%
- Methane: 0–10%

“..Apabila anda bernafas melalui mulut atau ketika anda makan,(makanan bercampur dengan udara) hampir keseluruhan gas oksigen diserap oleh badan sebelum melalui salur usus (intestin). Majoriti gas yang sampai ke usus besar ialah gas NITROGEN.
Tindak balas kimia yang berlaku di antara asid perut (acid hidroklorik) dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida . Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan gas metana.
Seseorang yang kerap mengambil minuman berkarbonat akan menghasilkan kentut dengan banyak dan akan menghasilkan kentut pada kekerapan yang tinggi.
Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen , 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen . Kedua-dua gas metana dan hidrogen merupakan gas yang mudah terbakar. Tidak mustahil kentut yang mengandungi kuantiti gas hidrogen dan metana yang mencukupi boleh menjadi sumber untuk menghidupkan api ! walaubagaimanapun,tidak semua ‘gas’ yang dihasilkan mengandungi kandugan gas metana. Kuantiti gas ini sangat bergantung pada bakteria yang hidup di usus besar, atau fermentasi, makanan yang belum diserap oleh saluran penghadaman sebelum sampai ke usus besar..” (ayat kopi pess google)


Kenapa kentut berbunyi!! (kebaabOOmmm…!!)
Haaa…. Yang ni korang mesti nk tau n laud ah tau mesti gelak je.. tapi ingat!! Nih fakta sains ok.. bukan auta semata!!
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus) . Semasa korang tengah membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Jadi,tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kuantiti gas yang keluar. (so..? nak gelak?? Gelak lahhh….)

Macam mane kentut boleh berbau?
          Hahah… yang masih meneruskan baca blog mengarut nih TAHNIAH!! Sbb korang akan tau mcam mane nak elak “gas” tu jadi berbau busyuk…ok,kentut ni boleh berbau dengan kehadiran 1% gas hidrogen sulfide , indole , ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet korang, lebih banyak skatole dihasilkan oleh bateria dalam usus ; maka lebih busuklah kentut korang! (hahhaa…)
Tapi bende nip on bukan disebabkan oleh itu je..tapi mungkin disebabkan oleh masalah penghadaman..(that’s why Jibam minum Vitagen…!! Oh! My English..)
Punca bau busuk kentut anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
masalah sistem pencernaan yang tidak sempurna seperti jangkitan pada salur usus
makan dalam kuantiti yang banyak
pengambilan makanan yang masam
pengambilan makanan yang meningkatkan penghasilan kentut seperti kubis, kacang, pisang, plum, lobak ,bawang.
Minuman seperti soda dan minuman berkarbonat
masalah gerakan(peristalsis) usus yang tidak sempurna disebabkan oleh jangkitan kuman dan sebagainya
pengambilan makanan tenusu seperti keju
Lactose intolerance- keadaan di mana lactose sukar untuk dicernakan
pengambilan kopi dan teh secara berlebihan
pengambilan alcohol yang berlebihan
penyakit pada usus besar

Bagaimana mengelakkan kentut berbau?
Terdapat beberapa cara yang boleh saudara lakukan untuk mengurangkan masalah yang saudara hadapi Antaranya:
lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat dalam diet kerana kandungan zat dan vitamin dalam sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengelakkan sembelit dan menghentikan masalah kentut berbau.
Minum air yang banyak untuk menggalakkan gerakan yang lebih baik dari usus dan sekaligus membantu membersihkan usus anda.
Elakkan makan makanan yang dibuat dengan bahan pengawet dan bahan kimia sintetik.
Kurangkan gula dan minuman manis dalam diet kerana kuantiti gula yang berlebihan menyediakan medium yang baik untuk pembiakan bakteria dalam usus (lebihkan manis dalam senyuman… J )
lakukan senaman dan aktiviti fizikal secara teratur untuk membantu proses pencernaan bekerja dengan lebih baik
Makan dengan betul dan ini bermakna mengunyah makanan dengan baik, sekurang-kurangnya 40 kali sebelum menelan makanan.(sunnah Nabi….)
Makan perlahan-lahan. Jangan terburu-buru untuk menghabiskan makanan kerana makanan yang kurang cerna menyebabkan kentut berbau.
Campur jus lemon dengan segelas air kemudian tambah setengah sudu teh baking soda untuk mengelakkan perut kembung kerana perut kembung juga menyebabkan kentut berbau.
- makan dalam jumlah dan kuantiti hidangan yang sedikit untuk memberi ruang kepada organ pencernaan untuk memproses dan mencerna makanan dengan baik
- amalkan pengambilan yogurt dan susu kultur dalam diet. Kajian menunjukkan yogurt mangandungi kandungan probiotic lactobacillus acidophilus yang mencukupi untuk melawan serangan bakteria sekaligus menghapuskan masalah kentut berbau



Haa…. Dah abis. Nanti kalau ade bende yang zati pikir boleh dikongsi.. InsyaAllah zati update lagi..
Jangan serik tau..
xoXO..
BaLdu UNgu..


Wednesday, June 19, 2013

Blog Banner + My new hObby!!

Assalamualaikum… salam sejahtera..
          This is my new hobby.. “capturing n editing” yeahh…!! Suke amik gambar candid (gaya bersahaja) then edit..
Bukan ape.. dah xde keje nak buat after being a “suri rumah” .. hehe.. yesterday(15 June 2013) baru je siap buat banner sendiri untuk “buku log” nih..(blog). Siap jugak walaupun tengah x sihat.. (migraine wat hal lagi..) pening dengan karenah blog nih..(actually zati yang mengada-ngada nak ubah ) wat tu lah.. ini lah.. tukar tu,tukar nih.. hahah.. sampai sakit2 badan (padan muke!!)  tapi xpe.sbb dah siap.. puas hati jugak lah.. (bagi yang xsuke n perlekehkan.. jangan tengok!! )
          

Ini merupakan cubaan yang pertama.

          Lepas tu xde keje lagi (memanjang kau xde keje kan??!..hahah) tengok gambar sendiri yang cover cun (CUN ke??!!) belek2 terbukak dekat software “picasa” edit lah.. ingat nak buat deskstop background je.. tapi ingatan nih asyik fokus dekat blog je.. wat lah yang baru..
Zati suke dengan picasa nih. Sbb program dia simple but effect yang cantik  kite dapat..(terpulang lah nak gune yang mane pon.. xkesah sbb ikut lah kreativiti n cita rasa korang) yang ni zati wat kat photo collage.. leh tibai bantai ke nak susun kat mane pon gambar tu then edit lah ikut mane yang zati suke.. hasilnya…

                            
Cantik x??
Tapi bile upload jadi besar lah pulak.. heheh.. so create lah yang baru. (yang ade kat atas tu lah.. ). Sebelum ni pon ade jugak buat untuk main2 je.. tup2 member pulak komen bende nih mcam poskad nak tawin2(kahwin).. ade2 je lah.. hahah.. tp En.N cakap “ ok lah tu.. sok kawin xpayah upah orang wat kad.. syg je lah jadi editor.. dah siap tinggal print n copy banyak2.. just upah untuk yang tukang kopi(copy) je..”



Ni dia “poskad” kawin tu..

Ok lah.. ad keje cikit nak wat, nih je yang sempat zati update.. nanti ade mase zati post lagi..tata!!

xoXo

BaLdu UNgu

Sunday, June 16, 2013

Ayah.. u r my HerO!!

Assalamualaikum semua..
Sebelum zati nak teruskan penulisan entry nih, nak tanya dulu dekat korang… sayang tak dekat seseorang lelaki yang korang gelarkan sebagai ayah,papa,walid,daddy,bapak atau sebagainya?? Memang  korang sayang kan? Ibarat kata pepatah kasih ibu membawa ke syurga.. kasih ayah sepanjang masa.
        Apa yang zati nak kongsi dengan korang adalah baru-baru nih zati dengan keluarga buat kejutan untuk hari jadi ayah yang ke-50 tahun pada 25 mei lepas. So waktu tu zati mula sedar yang ayah dah pon berkorban  keringat tulang empat keratnya untuk mencari sesuap nasi buat kami sekeluarga. Zati kalau di ikutkan memang rapat dengan ayah sejak zati kerja dekat Petronas tu..(petronas tu mmg banyak tinggalkan kenangan buat zati). Sejak dari saat tu,zati dah boleh baca air muka ayah.. masa dia penat, waktu dia senyum, waktu dia sedih apatah lagi waktu dia gembira.. zati sebenarnya memang suka tengok orang bahagia apatah lagi orang yang rapat dengan zati…
        Siapa yang tak sayang ayah sendiri.  Bagi mereka yang masih lagi ada ayah di muka bumi nih, sayangi dan berbakti kepada  mereka selagi mereka masih hidup. Bagi yang sudah meninggal dunia, banyak kan sedekah kan al-Fatihah semoga roh nya terpelihara dan di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh..Amin~.
#saya_sayang_ayah_saya# ABDUL RAHMAN BIN ABDUL HAMID…

p/s : xlame lagi ade dua orang ayah..(bakal bapak mertua) huhuh… :p

Saturday, June 15, 2013

hOme SwEEt hOme~

Assalamualaikum....

salam u Ollz.. dah dekat sebulan jugak lah zati duduk kat umah..(jadi suri rumah sepanjang masa) hahah.. makin berisi pulaks badan nih hah!! hhaaiiiaaa.....(mengeluh...) nak kerja!!!  belum ade rezeki lagi mehh..

mane2 pergi dah anta resume,interview.. jawapan.." ermm.. nnt kami akan hubungi cik untuk datang interview ea.. terima kasih...Datang lagi..(dah mcam dekat HARI-HARI pulak.. ngee~) yang dkat internet pong sudehh.. 
Hopefully dapat lah... enggak tahan deh... (orang yang dah biase kerja..mmg susah nak suaikan keadaan kat umah...)
 btw... doakan lah kami nih murah rezeki..Amin~~ cepat lah korang rase nasik minyak kami.. hahhaa...(betol nih, bukan cobaan..) kitorang pon xnak lame2..takut tersebar fitnah.. 

xoXo..
BaLdu UNgu..

pertama kali amik gambar berdua


dah practice dok kat atas pelamin.. huu~

Sunday, June 2, 2013

Safi Balqis Perfect 10...

Assalamualaikum w.b.t… salam satu malaysia~!!
        Hehe,,, first of all.. nak tanye korang semua.. sihat tak hari nih? Yang sihat tu Alhamdulillah.. yang xsihat tu dah makan ubat ke belum? Lau dah rehat lah banyak2, jangan paksa  diri tu …


        Ok,,balik kepada topik asal kita ya…sape yang dah guna produk safi balqis tu tau lah kan macam mane kesannya kat kulit muka korang kan? Yang baru nak mencuba and masih mencari2 produk yang sesuai( terutama remaja and seusia mcam saya..) saya syorkan pakai safi balqis perfect 10 tu… mmg elok pakai.. ( testimoni dari diri sendiri… waahh~~)

        Kulit berminyak dan berjerawat mmg susah nak carik produk yang sesuai (tambah2 lagi kulit zati yang sensitive [ langsung xleh kene habuk] ngan ade resdung..). kulit muka zati nih dah banyak sangat guna produk. Sebab kulit muka zati mula tumbuh jerawat sejak zati darjah 5 (xsilap lah…) memang waktu tu dah xtau nak buat macam mane (maklum lah.. kecik lagi xtau pape..) dengan waktu tu zati memang aktif dan lasak.. tangan kotor.. main picit je.. lama2 merebak seluruh muka..( haish..mmg time tu dah down sangat….) mcam2 produk and cara zati guna sbb nak hilangkan masalah nih.  Tipu lah kalau xcemburu dengan kulit muka kawan yang cantik…(tapi ade je jerawat …haha.. jahat betol aku..)
Sampaikan zati jadi bahan “experiment” mama zati yang suruh guna macam2 produk… akhirnya memang dah fedup.. biarkan je muka nih..(xde lah biarkan je.. cuci jugak..) sampai lah sambung belajar sampai tingkatan enam atas.. mmg dah teruk sangat sampai boleh Nampak kesan hitam kat pipi…(tengok gambar zati.. abaikan yang tidur tu.. huhu.. Nampak kan kesan hitam tu??)
                                                  

Haa… itu lah kalau makan tak nak pantang. Ok, dah habis je sekolah form 6 tu,, terus pantang tak makan udang..(gile lah..dah lah udang tu makanan kegemaran.. ) sampai sekarang xmakan udang..(tipu lah xmakan langsung.. ade jugak tapi xlah banyak sangat!)
ALHAMDULILLAH…..!! kurang  dah kesan hitam itu.. huhu..
                                                       
 Bagi yang ade masalah kulit macam zati.. zati syorkan buang resdung tu dulu sebab itu lah punca jerawat kita naik..
Tapi sebelum tu zati ade jugak wat rawatan facial.. buang ‘blackhead’ dengan ‘whitehead’. 
Waktu zati keje kat petronas tu memang naik jerawat sebab banyak habuk. Zati pulak ambil langkah yang agak leceh jugak lah.. rajin2 basuh muka.  Waktu zati mula-mula kerja kat petronas tu zati pakai produk OLAY(betol ke ejaan?!).. selama 4 bulan.. ok jugak sebab bantu cerahkan kulit muka ngan pudarkan bekas jerawat..
Lepas tu disebabkan faktor kewangan zati beralih pulak pakai sabun papaya..(mama cakap sabun tu xelok.. tapi pakai ok je,,) memang ok sbb putih je lebih. Jerawat naik jugak.. huu~
Lama tak lama jugak lah pakai sabun tu akhirnya sekali lagi ‘image consultant” bagi cadangan pakai ape korang nak tau..? haa.. produk dari D’Herbs.. lunas Rsdong.. waktu nih lah resdung aku dah berkurangan. Setelah hampir seminggu pakai meman Nampak perubahan nya,, haha.. jerawat dah kurang.. kulit halus ngan lembab je bila bah pakai masker dia sekali..(masker tu free ok..!)
3 bulan pakai mmg dah kurang kesan hitam kat muka tu.. (gambar kat bawah tux de nak edit2 ok..)
                             
 << time keje kat petronas..!!

Lama jugak lah pakai sabun tu.. sampailah bulan September 2012.. zati fikir nak beralih produk pulak. Search kat google produk yang terbaik n menjumatkan ialah..”SAFI BALQIS PERFECT 10” kate kau… zati pon ngan BF(waktu tu kawan lagi…) pg lah shopping kat Mydin. Nak kate beli set lengkap.. memang tak lah… budget dalam RM 50 je. So zati decide beli pembersih muka untuk kawalan minyak,skrub apricot dengan toner sahaja..


So, sampai je rumah zati terus pakai pencuci muka tu.. memang terasa lembut je bila dah pakai. Lepas cuci tu pakai lah pulak toner.. segar sangat. Dah letih terus tido.. keesok kan harinya si dia ajak pegi sarapan dekat tepi pantai.. nak tengok x gambar kami lepak kat pantai Bagan Lalang? Waktu tu dah dua kali zati pakai, mmg Nampak hasil nya…


 << xpkai apa2 krim pon.. pakai bedak pon nipis je… J

Gambar ni pon zati xedit…nampak lah jugak bekas2 jerawat tu..(huhu~ malu shaye…). Bermulanya pada saat itu zati dah “jatuh cinta” dengan produk nih sampai sekarang.. ade jugak syorkan dekat kawan-kawan sebab dorang pon ade jugak yang perasan..
Disamping tu jugak zati makan kolagen rumpai laut bagi tegangkan kulit muka..(nih sume penangan brader LIMO.. abg Din DVD.. dok promote kat zati. Apa2 pon thankz to BRader limo tu..).
Sampai sekarang zati masih lagi pakai safi balqis perfect 10 nih..
Ada sorang kawan zati tanya macam mana zati pakai produk tu sebab kulit muka dia memang teruk disebabkan jerawat jugak..(xde lah teruk mane pon..). Lepas dia pakai muka dia berseri2 je bak hang..~ . rahsianya terletak dekat skrub apricot tu. Kenapa??! Haa… sebab skrub apricot ni membantu menanggalkan sel kulit mati dgan kotoran kat muka.. bila bilas, kulit tak kering bahkan licin ngan lembab je..
Satu lagi tips.. (boleh wat rawatan facial sendiri kat rumah)
        Sebelum skrub bersihkan muka terlebih dahulu daripada kotoran spt make up atau debu atau minyak kat muka tu..
        Lepas tu wap muka dengan wap air panas.. macam mane?? Ok..
-        Masak air
-        Bila air dah masak ambil mangkuk kecik tuangkan air panas tu dalam mangkuk tu..
-        Ambil tuala (sebab nak tekup muka dekat wap air tu)
-        Then, wap muka tu  selama 5-10 minit.


p/s : jangan wap muka terlalu dekat ok.. mmg panas. Tapi sekejap je..
tujuan wap muka nih ialah nak nak bukak liang pori muka.. dah wap muka tu terus je skrub muka tu.. perlahan2 urut dekat muka..selepas tu bilas dengan air sejuk (nak tutup liang pori tu..). dah cuci n keringkan muka pakai lah toner tu.. senang kan?
Hasilnya memang ok..n TERBAEEKK!!

Setelah sekian lama pakai jerawat xde (tapi jerawat nak period tu ade lah heheh~) blackhead pon dah xde whitehead pon xde..
Xde lah lagi sesi tenyeh2 muka buang bintik hitam tu.. huhu..
Happy je..  selamat mencuba!!
xoXo BaLdu UNgu..
<< yang ni ade edit.. (edit by make-up)  huhu J