Assalamualaikum…
salam sejahtera..
Buang
angin atau kentut tu adalah lumrah semulajadi manusia sejak azali lagi. Tipu
lah kalau korang sume xpernah kentut sedangkan baby pon kentut
tau..(yeke??..hehe). time sekolah dulu cikgu ada cakap kat kami “eleh.. nak
buang angin tu buang je lah.. artis yang famous tu pon kentut jugak kalau lalu
kat red carpet…” (xboleh blah ayat…). Nak tau kenape zati tibe2 je nak update
pasal nih? Sbb nyer zati dok umah xde bende nak wat.. dok lepakz2 kat depan
terkentut pulakz!! Hahaha..(at least saye mengaku..!! huu.. blushing saye..:p).
xkan nak simpan pulak?? Gile ke apa?? Sakit perut xpasal kne gastric..
Ok..
xnak citer banyak..so zati nak kongsikan ap yang zati tau pasal kentut… (tu lah
guna internet.. xde asyik bukak FB jerk.. )
Macam mane kentut nih terhasil ea??
Haa… nak tau camner?? Seseorang
menghasilkan kentut untuk mengeluarkan gas berlebihan yang memudaratkan
fisiologi tubuh manusia. Kalau di ikutkan, lelaki lagi banyak keluarkan gas iaitu
sebanyak 1.5-2.5 liter berbanding saye yang perempuan nih sebanyak 1-1,5 liter
gas je.. (hahah… bangge) bergantung pada kuantiti makanan yang di ambil dalam
sehari!!…(alaaaa…xleh da nak bangge..)
Betul x kalau kentut tu merpupakan kayu ukur
kesihatan seseorang?? Namun harus
diingat,individu yang kerap kali mengeluarkan kentut dalam sehari ditambah pula
dengan rasa sakit dan kentut yang dihasilkan berbau ,maka dinasihatkan untuk
berjumpa pakar.
Tidak semua kentut
dilepaskan dari tubuh melalui anus/dubur. Bagaimana ya? Ketika tekanan separa
dari komponen gas lumen usus lebih tinggi daripada tekanan separa dalam salur
darah, komponen gas dari usus masuk ke dalam aliran darah .Proses ini dinamakan
proses serapan.Gas daripada salur usus akan melewati paru-paru dan akan
dihembus keluar.
Jadi,proses kentut boleh berlaku bila korang
tengah tidur lena diulit mimpi..(waah
dah macam lagu Wings) atau melakukan aktiviti seharian tanpa korang menyedari
bahawasanya korang dah keluarkan kentut! (haha.. jahat x entry nih)
Apakah kandungan gas yang terdapat
pada kentut?
Komposisi gas flatus @ kentut :
- Nitrogen: 20–90%
- Hydrogen: 0–50%
- Carbon dioxide: 10–30%
- Oxygen: 0–10%
- Methane: 0–10%
“..Apabila anda bernafas melalui mulut atau ketika
anda makan,(makanan bercampur dengan udara) hampir keseluruhan gas oksigen
diserap oleh badan sebelum melalui salur usus (intestin). Majoriti gas yang
sampai ke usus besar ialah gas NITROGEN.
Tindak balas kimia yang berlaku di antara asid perut (acid hidroklorik)
dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon
dioksida . Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan gas metana.
Seseorang yang kerap mengambil minuman berkarbonat akan menghasilkan
kentut dengan banyak dan akan menghasilkan kentut pada kekerapan yang tinggi.
Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri
daripada 60% nitrogen , 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan
hidrogen . Kedua-dua gas metana dan hidrogen merupakan gas yang mudah terbakar.
Tidak mustahil kentut yang mengandungi kuantiti gas hidrogen dan metana yang
mencukupi boleh menjadi sumber untuk menghidupkan api ! walaubagaimanapun,tidak
semua ‘gas’ yang dihasilkan mengandungi kandugan gas metana. Kuantiti gas ini
sangat bergantung pada bakteria yang hidup di usus besar, atau fermentasi,
makanan yang belum diserap oleh saluran penghadaman sebelum sampai ke usus
besar..” (ayat
kopi pess google)
Kenapa kentut berbunyi!! (kebaabOOmmm…!!)
Haaa…. Yang ni korang mesti nk tau n
laud ah tau mesti gelak je.. tapi ingat!! Nih fakta sains ok.. bukan auta
semata!!
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan
oleh getaran lubang dubur (anus) . Semasa korang tengah membuang air besar,
lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya
lebih kecil. Jadi,tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan
kuantiti gas yang keluar. (so..? nak gelak?? Gelak lahhh….)
Macam mane kentut boleh berbau?
Hahah…
yang masih meneruskan baca blog mengarut nih TAHNIAH!! Sbb korang akan tau mcam
mane nak elak “gas” tu jadi berbau busyuk…ok,kentut ni boleh berbau dengan kehadiran 1% gas
hidrogen sulfide , indole , ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang
membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan
sulfur dalam diet korang, lebih banyak skatole dihasilkan oleh bateria dalam
usus ; maka lebih busuklah kentut korang! (hahhaa…)
Tapi bende nip on bukan disebabkan oleh itu
je..tapi mungkin disebabkan oleh masalah penghadaman..(that’s why Jibam minum
Vitagen…!! Oh! My English..)
Punca
bau busuk kentut anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
■ masalah sistem pencernaan yang tidak sempurna seperti jangkitan
pada salur usus
■ makan dalam kuantiti yang banyak
■ pengambilan makanan yang masam
■ pengambilan makanan yang meningkatkan penghasilan kentut
seperti kubis, kacang, pisang, plum, lobak ,bawang.
■ Minuman seperti soda dan minuman berkarbonat
■ masalah gerakan(peristalsis) usus yang tidak sempurna
disebabkan oleh jangkitan kuman dan sebagainya
■pengambilan makanan tenusu seperti keju
■Lactose intolerance- keadaan di mana lactose sukar untuk
dicernakan
■pengambilan kopi dan teh secara berlebihan
■pengambilan alcohol yang berlebihan
■penyakit pada usus besar
Bagaimana
mengelakkan kentut berbau?
Terdapat beberapa cara yang boleh
saudara lakukan untuk mengurangkan masalah yang saudara hadapi Antaranya:
■ lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat dalam
diet kerana kandungan zat dan vitamin dalam sayur-sayuran dan buah-buahan boleh
mengelakkan sembelit dan menghentikan masalah kentut berbau.
■ Minum air yang banyak untuk menggalakkan gerakan yang lebih baik
dari usus dan sekaligus membantu membersihkan usus anda.
■ Elakkan makan makanan yang dibuat dengan bahan pengawet dan bahan
kimia sintetik.
■ Kurangkan gula dan minuman manis dalam diet kerana kuantiti gula
yang berlebihan menyediakan medium yang baik untuk pembiakan bakteria dalam
usus (lebihkan manis dalam senyuman… J )
■ lakukan senaman dan aktiviti fizikal secara teratur untuk membantu
proses pencernaan bekerja dengan lebih baik
■ Makan dengan betul dan ini bermakna mengunyah makanan dengan baik,
sekurang-kurangnya 40 kali sebelum menelan makanan.(sunnah Nabi….)
■ Makan perlahan-lahan. Jangan terburu-buru untuk menghabiskan
makanan kerana makanan yang kurang cerna menyebabkan kentut berbau.
■ Campur jus lemon dengan segelas air kemudian tambah setengah sudu
teh baking soda untuk mengelakkan perut kembung kerana perut kembung juga
menyebabkan kentut berbau.
- makan dalam jumlah dan kuantiti hidangan yang
sedikit untuk memberi ruang kepada organ pencernaan untuk memproses dan
mencerna makanan dengan baik
- amalkan pengambilan yogurt dan susu kultur dalam
diet. Kajian menunjukkan yogurt mangandungi kandungan probiotic lactobacillus
acidophilus yang mencukupi untuk melawan serangan bakteria sekaligus
menghapuskan masalah kentut berbau
Haa…. Dah abis. Nanti kalau ade bende yang zati pikir boleh
dikongsi.. InsyaAllah zati update lagi..
Jangan serik tau..
xoXO..
BaLdu UNgu..
No comments:
Post a Comment