Allhamdulillah, segalanya akan beransur seperti biasa... tapi akan berlangsung secara perlahan2. Harap segalanya akan berjalan dengan lancar..aminn~
tapi satu je yang aku terkilan, apa gunanya bersahabat tapi masing-masing xdapat nak membantu satu sama lain? bila mengadu nasib, semua saling menyalahkan aku seolah-olah aku ni insan yang paling malang dalam dunia.. entahlah.. kadang-kadang bila tengah malam xde pelanggan kat petronas tu aku cari jugak kertas dan pen, meluahkan rasa hati n tetibe air mata mengalir dengan sendiri tanpa sape pon yang tau.. cuma Allah.
Dia je yang dapat baca isi hati n aku percaya Dia menentukan yang terbaik untuk aku..
cuma aku yang terlalu ikutkan kata hati dan nafsu semata.. mungkin aku akan menjadi lebih matang selepas nih dengan mencari seorang sahabat yang benar-benar kan membawaku ke jalan yang betul.
mungkin betul cakap mama, pedulikan mereka yang iri hati dengan kita, asal kita pedulikan hati orang yang menjaga hati kita.
aku pulak pegang perinsip hidup aku, jaga hati orang n suatu hari dia akan jaga hati kita, insyaAllah..
mungkin ini sahaja yang aku dapat luahkan buat sementara waktu. jika diberikan kesempatan bernafas lagi, akan aku mengadu lagi dekat blogger nih..
No comments:
Post a Comment